Showing posts with label HAJI. Show all posts
Showing posts with label HAJI. Show all posts

Monday, 1 October 2012

JUMLAH KES JEMAAH HAJI HADAPI TEKANAN TERKAWAL



MEKAH  : Unit kaunseling Tabung Haji mula menerima beberapa kes jemaah haji Malaysia menghadapi tekanan di Tanah Suci namun jumlahnya terkawal, kata Pengurus Kaunseling Tabung Haji Zakiah Othman.
"Jemaah haji kita masih dalam percubaan untuk menyesuaikan diri terutama dengan keadaan cuaca yang panas dan persekitaran baru serta terpaksa bergaul dengan rakan sebilik yang datang dari pelbagai latar belakang," katanya kepada pemberita di pejabat unit kaunseling Tabung Haji di Janadariah hari ini.
Katanya, klinik kaunseling di bawah pengawasannya masih belum menerima kes tekanan kritikal sejak ketibaan jemaah haji negara di Tanah Suci pada 17 Sept lepas.
Sehubungan itu, katanya, jemaah haji diminta bersedia untuk berhadapan dengan cabaran mental akibat berada di persekitaran asing dan terpaksa hidup dengan rakan sebilik yang tidak dikenali.
 - Bernama

Tuesday, 18 September 2012

BERSIH 3.0 PUNYA PASAL, 10 RIBU MASIH TUNGGU KELULUSAN TUNAI HAJI.....


MyMassa ingin menyampaikan permintaan para jemaah haji yang masih menunggu kelulusan tambahan sebanyak 10,000 lagi dari Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia. Malahan, syarikat-syarikat Swasta yang telah berpuluh-puluh tahun menguruskan jemaah haji melalui pakej turut merasa bahangnya apabila mereka dianggarkan kerugian lebih RMM50 Juta ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang sudah establish seperti Tabung Haji Travel, Andalusia, Reyha, Gemilang dan Zahafiz serta anak-anak syarikat lain telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri pada 10 September 2012 yang lalu supaya campurtangan atas kelewatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka sangat berharap hubungan baik DS Najib dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Arab Saudi dapat menyelesaikan masalah ini. 

Pada tahun-tahun lepas, mereka berkata biasanya agihan pakej sebanyak 10,000 orang itu biasanya akan dapat diketahui pada hujung bulan Ramadan ataupun pada bulan Syawal. Namun, pada tahun ini walaupun rombongan jemaah Haji Malaysia kumpulan pertama sebanyak 320 orang sudah berlepas pagi Isnin semalam, jemaah-jemaah Haji Malaysia yang mengikuti Pakej-pakej swasta masih belum mendapat khabar mereka.

Apakah ini Angkara BERSIH 3.0 yang menyebabkan Kerajaan Arab Saudi menjadi semakin berhati-hati memberikan kouta tambahan itu? Khabarnya begitu. Inilah angkara mereka, kesannya diterima oleh para jemaah Haji Malaysia.

Namun begitu, kita berharap semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini. Labbaikallah Humma Lakalabbaik.... 

Wednesday, 13 June 2012

PAS KELANTAN SETUJU TANGGUH HAJI....TAKUT HILANG KERUSI???

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU  - Walaupun menganggap kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pandangan peribadi, namun Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah  berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu.

"Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan.

Sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan bahawa penangguhan ibadah haji tu adalah wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja pilihanraya.

Nampak sangat PAS dah terdesak, takut hilang kerusi dan takut jentera parti jadi lemah gara-gara ramai ahlinya menunaikan haji..!!

Sebenarnya...itulah PAS.... demi kepentingan parti, ibadah pun boleh ikut suka ati ditangguhkan!! PAS lebih pentingkan parti dari ibadah..!!!

PAS.... halal apa sahaja untuk kepentingan dirinya!!!!

IMBAS KEMBALI.... DI SINI


Monday, 7 May 2012

JIKA ARAB SAUDI LARANG RAKYAT MALAYSIA TUNAI HAJI..... SALAH UMNO..???



KUALA LUMPUR 6 Mei - Rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu selepas sekumpulan rakyat negara ini dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemonstrasi di tanah suci itu.

''Ini kerana pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang
demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.

''Penganjur perhimpunan itu perlu bertanggungjawab dan berisiko membayar harga yang 'mahal' sekiranya jemaah dari negara ini dilarang mengerjakan ibadat haji dan umrah untuk tempoh tertentu," katanya pada sidang akhbar sebelum mengetuai Konvoi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari UMNO ke-66 di sini hari ini.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat negara ini yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Ahmad Zahid berkata, apa yang dibimbangkan ialah peserta perhimpunan itu tidak mengetahui bahawa kerajaan Arab Saudi amat sensitif dengan demonstrasi seperti itu.

''Pihak risikan tentera negara itu begitu cekap kerana sudah banyak kali mereka berhadapan dengan situasi seperti itu.

''Justeru, jika ada peserta perhimpunan itu ditahan, jangan pula menyalahkan kerajaan Malaysia kerana mereka perlu patuh dengan undang-undang Arab Saudi," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat bahawa demonstrasi jalanan bukan acuan politik di negara ini.

''Semua pihak harus menghormati sistem perundangan yang telah pun diubah bagi membolehkan perhimpunan aman dilakukan di tempat-tempat sesuai.

''Gunakan kematangan fikiran untuk berpolitik, bukannya mencari pengaruh dengan menggunakan cara politik jalanan," tegasnya. - UM