Showing posts with label HADI UNDUR. Show all posts
Showing posts with label HADI UNDUR. Show all posts

Friday, 3 February 2012

PAS TAK RELA PUJUK HADI.... JIKA HADI BERHASRAT JADI NELAYAN SEPENUH MASA.....



Apa yang Din Pudu katakan tentang isu pengganti Hadi Awang ini memang betul. Apa perlunya mereka menyusun pengganti sekiranya Presiden parti mengambil keputusan untuk menjadi nelayan sepenuh masa, jika selama ini Mursyidul Am yang lebih berkuasa? Lagi pun, Tuan Guru Mursyidul Am sendiri sudah menegaskan yang beliau tidak akan sesekali berundur selagi nyawa masih dikandung badan.

Atau wujud beberapa isu lain sehingga menyebabkan PAS tidak mampu untuk menyusun pelan peralihan? Adakah kerana Timbalan Presiden mereka itu seorang yang dungu dan menjadi alat kafir DAP?!! Atau mereka khuatirkan jika pengganti diumumkan terlalu awal, ia akan mengundang pertentangan hebat daripada Anwarinas PAS dan boleh mengakibatkan parti adat dan sosial tersebut akhirnya berpecah belah?!!

Namun, secara tersiratnya, kenyataan Naib Presiden PAS ini adalah satu mesej jelas yang memperlekehkan maruah Presidennya sendiri. Mentang-mentanglah spesis ulama' seperti Presidennya sudah tidak mempunyai cengkaman dalam parti lagi.

Satu perkara lagi, bolehkah rakyat berharap kepada sebuah parti politik yang tiada langsung perancangan masa depan?!! Apa yang akan berlaku jika ditakdirkan diktator-diktator tua dalam PAS ini mati serentak satu hari nanti?!! Takkan hendak suruh Karpal Singh dan Brader Kit memangku tugas presiden sementara mencari pengganti?

Dan inilah yang berlaku apabila Hasan Ali dipecat. PAS ketandusan calon pemimpin yang mampu untuk memastikan Islam terus didaulatkan. Kerana itulah, akhirnya ia diambil alih oleh pemimpin lain yang jauh lebih "alim" daripada mereka!

Walau apa sekali pun, PAS kini jelas tidak mampu lagi untuk membicarakan soal akidah dan memperjuangkan hukum Allah kerana mereka sendiri sedang sibuk memastikan parti mereka terus relevan sebagai penchacai tegar kepada fuckatan yang dikuasai DAP! Tolak PAS, Islam selamat!

BERUNDUR KERANA KECEWA PEMECATAN HASSAN ALI.....


Presiden parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian beliau tidak mahu dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Tindakan Hadi tersebut di percayai ada kaitan dengan tindakan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, keputusan mutamat pemecatan Hasan Ali adalah dari meja ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan dulu.

Parti PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali sebagai ahlinya hanya selepas sehari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan 'gesaan berupa arahan' supaya parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu mengambil tindakan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Mungkin berat untuk Hadi melepaskan Hasan Ali namun beliau terpaksa melakukannya kerana keputusan tersebut adalah dari desakan AJK PAS Pusat (kebanyakan AJK PAS pusat adalah puak Anwaris). 

Yang bertambah pedasnya apabila Hasan Ali membongkarkan Khalid Samad sebagai "parasit" dalam PAS mungkin membuatkan Hadi berasa bersalah kepada Hasan dan tawar hati untuk menjadi calon pada PRU akan datang.

Jadi tidak hairanlah mengapa Hadi tidak mahu menjadi Presiden PAS lagi dan tidak hairanlah jika seramai 10,000 ahli PAS akan bertindak keluar dari parti itu sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinannya memecat Dr. Hasan.
PAS is Dead!!

PILIH YG MANA SESUAI....








PILIHAN DI TANGAN ANDA....

OLEH ITU SANGAT2 DIGALAKKAN.....