Showing posts with label DS DR. ZAMBRY ABD KADIR. Show all posts
Showing posts with label DS DR. ZAMBRY ABD KADIR. Show all posts

Monday, 16 July 2012

DS DR. ZAMBRY : MUHASABAH DIRI, IMBAU SEJARAH UMNO UNTUK KETEGUHAN PARTI...

PERAK TODAY 18Ahli-ahli UMNO atau Barisan Nasional khusunya perlu mengimbau sejarah perpecahan yang pernah berlaku pada parti itu dalam usaha untuk mengelak perkara yang sama berulang.


Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut semalam memberitahu setiap ahli Umno itu perlu mengenang semula cabaran serta jatuh bangun parti bagi membolehkan mereka belajar daripada kesusahan pada waktu itu.
Beliau menambah, sepanjang 66 tahun tertubuhnya UMNO, pelbagai badai dalam perjuangan telah berlaku dimana ia seharusnya menjadi pedoman kepada setiap ahli untuk mengelak dari berlakunya perpecahan dalaman yang sama berlaku.
“Dalam perjuangan kita ini, ingat banyak perpecahan berlaku tapi dalam masa yang sama bila berlaku perpecahan itu kita perlu cepat-cepat rapatkan barisan kita… perhatikan kekuatan tenaga kita… pastikan supaya Umno tidak tumbang disebabkan oleh perpecahan dalaman kita.
“Kita imbau balik perpecahan kita supaya kita boleh belajar daripada pengalaman kita.
Menurut Zambry, sejarah perpecahan Umno telah bermula pada tahun 1969 dimana perpecahan ketika itu bukan hanya berlaku antara ahli-ahli dalaman sebaliknya ia melibatkan keseluruhan Barisan Nasional.
Katanya, peristiwa perpecahan ketika itu merupakan satu igauan buruk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya sehinggakan berlakunya kejadian 13 Mei.
“Kemudian kita lihat pula pada tahun 1977 berlakunya pergolakkan dalaman pada BN apabila kepimpinan Pas membuat keputusan masuk parti kita dan selepas itu Pas keluar semula pada Dis tahun yang sama.
“Disebabkan perpecahan ketika itu, diadakan satu pilihanraya kecil negeri hanya untuk negeri Kelantan.
Beliau menambah, pada tahun 1988 sekali lagi pergolakkan besar berlaku dalam parti yang melibatkan sokongan ahli terhadap Tengku Razaleigh dan Tun Mahathir.
Katanya lagi, disebabkan perpecahan itu ia telah menyebabkan ahli-ahli UMNO mula berpuak-puak sehinggakan ketua-ketua bahagian pun berpecah.
“Kemudian pada 1998 berlaku lagi peristiwa perpecahan iaitu apabila Anwar Ibrahim dipecat.
“Pada 2008 pula sekali lagi pergolakkan politik berlaku atau kita namakan Tsunami Politik yang melanda Umno atau BN khususnya.
“Siapa pernah menjangka pada tahun itu akan berlaku satu pertarungan besar antara BN dan pembangkang yang saya sendiri tidak sangka akan terjadi.
Justeru katanya, dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi perjuangan dan kekuatan parti maka setiap ahli Umno haruslah sentiasa bermuhasabah bagi mengelak satu lagi peristiwa perpecahan dalaman berlaku.
“Ingat dalam 66 tahun itu kita telah menghadapi pelbagai badai dalam perjuangan yang kadang kala memang berat untuk diharungi tetapi adakala menggembirakan kita,”katanya

Sunday, 10 June 2012

MB PERAK, DS DR. ZAMBRY YANG SENANG BERSAMA RAKYAT....


Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir tidak pernah meminggirkan kawasan DUN Pasir Panjang walaupun kawasan itu dimenangi calon pembangkang dalam PRU ke12 yang lalu.

Calon yang menang bukanlah calang-calang orang kerana sebaik memenangi DUN Pasir Panjang mengalahkan wakil BN (dari MIC), Dato’ Seri Nizar Jamaludin (PAS) dilantik menjadi Menteri Besar ke 10.Bagi pengundi di DUN itu khusus yang memilih beliau, mereka seperti berpesta kerana mereka percaya “hujan emas” bakal turun di kawasan itu sehingga boleh melemaskan mereka berbanding dengan kawasan yang lain.Namun seperti juga kata pepatah, harapkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Maka benarlah ia tak ubahseperti indah khabar dari rupa.Selain dari Nizar hanya menjadi Menteri Besar selama11 bulan, kawasan itu macam terpinggir kerana Nizar begitu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan politik kepartian.Sebagai pemimpin PAS yang “ada nama dan jawatan” Nizar banyak menghabiskan masa di luar Perak berceramah di pentas-pentas Pas.

Justeru rakyatpun nampak macam tenggelam punca kerana wajah wakil rakyat mereka sangat sukar dilihat.Walaubagaimanapun hati mereka terubat dengan kunjungan Menteri Besar ke kawasan berkenaan, sambil meninjau beliau turut menghulur bantuan.Sejak beberapa tahun ini Dr.Zambry mengambil pendekatan turun padang ke setiap daerah termasuklah turut sama melawat DUN Pasir Panjang bagi mendekati permasalahan rakyat.


Selepas melakukan program turun padang ke Parit Buntar selama dua hari berturut-turut, Menteri Besar meluangkan masa di DUN Pasir Panjang.Bagi penduduk di situ, beberapa bulan lalu, Menteri Besar mengumumkan DUN Pasir Panjang bakal ditandingi calon UMNO menggantikan calon MIC yang diserahkan kawasan lain.Dengan itu kawasan ini yang majoritinya pengundi-pengundi Melayu menarik nafas lega kerana impian melihat calon UMNO bertanding pula menjadi nyata.


Menurut Dr. Zambry, persetujuan dicapai bagi membolehkan UMNO meletakkan calonnya menggantikan calon MIC dan “Nizar tahu” mengenai rancangan UMNO ini.Untuk rekod, DUN ini ditandingi calon MIC sejak 1993 walaupun terdapat 60 peratus pengundi berketurunan Melayu manakala sebakinya terdiri dari India dan Cina.

Serangan bertubi-tubi ke kawasan Pasir Panjang telah membuahkan cakap-cakap bahawa Nizar mungkin berpindah ke kawasan lain bagi memastikan peluang tewas tidak berlaku. Ketika ditanya, Menteri Besar mengesahkan dia juga ada mendengar cakap-cakap ini tapi “saya tak tahu tapi ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia (Nizar) tidak pernah pun memperjuangkan isu Pasir Panjang. 

Lihat saja semasa sidang DUN, ada Nizar bangkitkan masalah penduduk Pasir Panjang?.”
Kunjungan terbaru Dr.Zambry sehari suntuk melibatkan Kampung Serdang, Sitiawan dan sebagainya.
Ramai datang mengadu kepadanya betapa janji Nizar untuk menyelesaikan masalah mereka belum menampakkan sinar harapan.

Selain dari itu Menteri Besar tidak menghampakan penduduk apabila turut sama menghulurkan bantuan seperti kotak makanan dan sedikit wang tunai membabitkan mereka yang memerlukan.

Mengulas lawatan ke DUN Pasir Panjang, Dr.Zambry berkata:”kita masuk kampung ada makna,bukan setakat nak berceramah dan bercakap bukan-bukan kepada rakyat. Itu bukan cara saya sebagai pemimpin rakyat”. Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat mendengar aduan dan masalah penduduk setiap kali berkunjung ke kawasan berkenaan. Katanya beliau melihat keadaan rumah-rumah yang uzur dan orang tua yang kurang berupaya sambil memberi jaminan, “insyaAllah kita akan perbaikinya”.Beliau yang juga ADUN Pangkor berkata sebagai pemimpin masyarakat, beliau bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan walaupun kawasan tersebut dikuasai pembangkang

Sambil mendedahkan serta melahirkan rasa pelik dengan aduan terbaru yang diterima akan sikap Nizar yang bersikap pilih kasih terhadap masyarakat serta hanya membantu golongan yang menyokong beliau saja.

“Dia pandai masuk campur hal di Johor sedangkan rakyat di tempat sendiri langsung dia tak ambil kisah,” tambahnya.Bagi wartawan yang menyertai rombongan lawatan Menteri Besar ke DUN Pasir Panjang,mereka terharu pendekatan dibuat Menteri Besar berinteraksi dengan orang ramai tanpa bersikap pilih kasih.Selepas bersarapan pagi dengan penduduk di sebuah gerai, Menteri Besar bersama-sama jemaah (termasuk rombongannya) menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Muttaqqin , Felcra, Lekir.

Manakala ketika menemui penduduk di Kampung Serdang, Menteri Besar menghulur bantuan kepada Norlian Mohd Yatim yang menderita penyakit kanser payudara. Norlian terharu dengan kunjungan itu sambil melahirkan rasa shukor malah menyatakan: “mak cik ucap syukur dan terima kasih sebab Menteri Besar sudi melawat makcik, terima kasih juga sebab bagi bantuan ini."

Wednesday, 16 May 2012

ALHAMDULILLAH....MB PERAK ISLAMKAN 161 SAUDARA BARU

SIMPANG PULAI - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengislamkan seramai 161 orang saudara baru di Majlis Pengislaman Beramai-ramai di Surau Kampung Orang Asli Kerawat, Simpang Pulai petang tadi.

Dr Zambry telah mengangkat pengucapan dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali dengan diikuti kesemua 161 saudara baru dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Datuk Haji Mohamed Yusof Hussain.

Terdahulu Dr Zambry dalam ucapannya di majlis itu mahukan kesemua saudara baru terbabit terus mendalami ilmu agama sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan dan cabaran hidup yang mendatang.

Katanya, menuntut ilmu keagamaan itu amat penting kerana ia dapat menjadikan mereka seorang insan yang berilmu dan berguna kepada agama dan bangsanya.

"Agama Islam itu agama yang baik kerana ia menerangkan tentang kedamaian, kasih sayang, perpaduan dan bukan agama yang menganjurkan permusuhan,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry apabila mereka sudah memeluk Islam tidak bermakna golongan yang bukan Islam dikalangan mereka perlu disisihkan.

Katanya Islam tidak menganjurkan sikap memisahkan diri dari bercampur dengan masyarakat bukan Islam.

Sebaliknya, kata Dr Zambry Islam menggalakkan umat mengukuhkan perhubungan sesama insan tanpa mengira latar belakang agama dan dimana sekalipun mereka berada. 

Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan RM150,000 bagi pembinaan padang futsal di kampung berkenaan bagi kemudahan bersukan untuk para belia.

Dr Zambry juga menyampaikan replika kunci surau baru Kampung Orang Asli Kerawat dan replika kunci van jenazah untuk kegunaan masyarakat Islam dikampung terbabit. - PerakNews