Showing posts with label BUKU KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label BUKU KANAK-KANAK. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

BUKU BERUNSURKAN KRISTIAN ROSAKKAN MINDA PELAJAR....DIJUAL BERLELUASA DI LUAR PAGAR SEKOLAH..!!!


AIDCNews – Seorang guru yang bertugas di Sekolah Melayu, Kampung Melayu, Johor Bahru mendedahkan terdapat aktiviti Kristinisasi melalui penjualan buku untuk merosakkan minda pelajar-pelajar sekolah.
“Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT.
“Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar “angel” yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.
Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini,” kata Cikgu Rahmat di laman    www.facebook.com/cikgurahmat.
Katanya lagi guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut di Balai Polis Majidi, Johor Bahru.
“Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya.
“Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu.
“Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri.
“Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian,”katanya.
Cikgu Rahmat juga turut memuat turunkan buku-buku yang diselit dengan ayat-ayat Al Quran tetapi mengadungi fakta-fakta yang salah.
Koleksi buku-buku itu boleh dilihat di sini

Wednesday, 4 April 2012

LIHAT BUKU KANAK-KANAK YG KAMI JUMPA : Z UNTUK ZAKAR

Lihat Buku Kanak-kanak Yang Kami Jumpa : Z Untuk Zakar

Semasa berjalan-jalan di sebuah hipermarket di Cheras semalam, penulis terjumpa sebuah buku yang mengajar anak-anak yang membaca …
BACA SETERUSNYA..... DI SINI
Dan tolong perjelaskan camna buku begitu boleh terlepas ke pasaran?

****Tak ada benda lain ke kat dunia ni yg bermula dgn huruf z, selain dari yg dinyatakan di atas tu????