Showing posts with label ANAK DERHAKA. Show all posts
Showing posts with label ANAK DERHAKA. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

ANAK DERHAKA : ROMPAK IBU DI BULAN RAMADHAN

Gambar Hiasan

PETALING JAYA : Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu.  

Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang.

Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya.

“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.

~ sinar harian ~

Wednesday, 25 July 2012

DITEGUR TIDAK PUASA.... REMAJA CEKIK IBU, CUBA TIKAM.......!!!!!

NURFARIDAH Abdul Aziz melakonkan semula cara dia dicekik oleh anak sulung di rumahnya di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai, Teluk Intan, semalam.

Sampainya hati seorang anak lelaki yang hanya ditegur oleh ibunya kerana tidak berpuasa..... mencekik, membelasah dan cuba menikam dengan menggunakan pisau pemotong tandan buah kelapa sawit, orang yang mengandung, melahirkan dan membelanya dengan penuh kasih sayang 'bagai menatang minyak yang penuh' sehingga besar.......  

TELUK INTAN  - Hanya kerana marah ditegur oleh ibunya disebabkan tidak berpuasa, seorang remaja berusia 19 tahun tergamak mencekik, membelasah dan cuba menikam ibunya menggunakan pisau pemotong buah kelapa sawit di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila mangsa, Nurfaridah Abdul Aziz, 42, menegur anak lelakinya itu kerana makan di hadapan seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang berpuasa.

Berang dengan teguran itu, suspek yang juga anak sulung mangsa bergegas ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong kelapa sawit lalu menikam Nurfaridah tetapi wanita itu berjaya mengelak.