Berikut beberapa saranan yang perlu dipatuhi...
1. Yg tidak layak, x kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017
2. Knp pemohon yg memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah utk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yg kaya raya dpt BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. Pemilik SSM yg berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh spt diatas.
3. Mslh2 lain :
Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.
Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.
Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.
Dokument2 yg berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dh jelas nnt LHDN akan maklum utk kemudahan pemohon.
Stakat ni dlu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg pntg ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..
CINTA TIGA SEGI SSM, LHDN dan BR1M..
.
Jika pekerja bergaji dibuktikan pendapatannya melalui slip gaji dan EA form.
.
Bagaimana pula bagi individu yang menjalankan perniagaan?
.
Pekerja bergaji tiadalah masalah untuk membuktikan pendapatannya dan sekiranya ianya layak, layaklah ia mendapat imbuhan Brim.
.
Bagi individu yang menjalankan perniagaan pula, perlulah ia mendaftar perniagaannya di SSM dan juga mendaftar fail cukai pendapatannya di LHDN.
.
Mendaftar fail cukai sahaja tidak cukup. Perlulah ia sebagai peniaga untuk mengisytihar pendapatannya bagi tahun taksiran tersebut.
.
Mengisytihar cukai pendapatan dan membayar cukai pendapatan adalah dua perkara yang berbeza.
Isytihar cukai tidak semestinya membayar cukai.
.
Sekiranya tiada pendapatan bagi bisnes, hanya isytihar sebagai tiada pendapatan yakni meletakkan angka 0.00 di ruangan pendapatan di dalam borang cukai pendapatan.
.
Sekiranya pendapatan bisnes bagi tahun tersebut di dalam lingkungan kelayakkan untuk mendapat imbuhan Brim, maka layaklah ia.
.
Adalah sangat penting rekod keluar masuk wang perniagaan di rekodkan..
.
Andai tiada rekod ini tidaklah dapat untuk menyediakan penyata untung rugi perniagaan bagi tahun taksiran tersebut.
.
Tiadanya penyata untung rugi perniagaan, bagaimana pula mahu isytihar cukai pendapatan pada borang cukai?
.
Apa-apa pun status penolakkan Brim yang anda terima, buatlah rayuan sekiranya anda di pihak yang sememangnya layak menerima.
.
Nak buat rayuan pun perlulah bijak dengan menyediakan bukti pendapatan anda kepada LHDN..
.
Fokus kepada penyelesaian adalah lebih utama daripada fokus kepada masalah..
PERSOALANNYA...
KEMASKINI DAN DAFTAR PERMOHONAN BR1M HANYA SECARA ONLINE DAN TIDAK ADA SYARAT YANG DINYATAKAN PERLU MENGEMUKAKAN DOKUMEN KE CAWANGAN LHDN. Namun kenapa sekarang ianya dijadikan sebab sebagai TIDAK LULUS ??? Bukan isu besar sebenarnya jika LHDN memberi syarat dan panduan awal dengan lebih jelas... Kenapa nak susahkan rakyat dan memberi kredit kepada pembangkang untuk 'hentam' kerajaan???
KEMASKINI DAN DAFTAR PERMOHONAN BR1M HANYA SECARA ONLINE DAN TIDAK ADA SYARAT YANG DINYATAKAN PERLU MENGEMUKAKAN DOKUMEN KE CAWANGAN LHDN. Namun kenapa sekarang ianya dijadikan sebab sebagai TIDAK LULUS ??? Bukan isu besar sebenarnya jika LHDN memberi syarat dan panduan awal dengan lebih jelas... Kenapa nak susahkan rakyat dan memberi kredit kepada pembangkang untuk 'hentam' kerajaan???
No comments:
Post a Comment