Monday, 20 February 2017

SANGGUP BERTUDUNG DEMI NAK CURI BEG TANGAN DI SURAU WANITA


SEKALI pandang sebiji macam perempuan, siap menggayakan tudung rekaan terbaru. Tapi dia sebenarnya seorang  lelaki yang menyamar  jadi wanita dan berpura-pura mahu menunaikan solat untuk mencuri beg tangan.


Lelaki ini dikatakan telah ditangkap di Surau Sunway, semalam selepas kantoi masuk ke ruang solat wanita kononnya mahu menunaikan solat, sebaliknya mencuri beg tangan jemaah lain yang sedang menunaikan solat.



Gambar tangkapan lelaki menyerupai wanita itu, tersebar dan menular (viral) di media sosial.

Difahamkan lelaki ini memang mempunyai banyak rekod-rekod jenayah lampau.

Segelintir pengguna facebook yang mengaku mengenalinya mendakwa lelaki ini memang terkenal kerana banyak melakukan kes-kes jenayah sebelum ini.

“Dia ni memang musibat yang famous, banyak hal dia ni, tapi lepas tu bebas juga, buat balik viral balik, tangkap balik, buat balik, viral balik,” kata R Adizuddin Adam Shah di akaun facebook.

Segelintir pula mengaitkan lelaki ini dengan satu lagi kes kecurian beg tangan yang pernah berlaku di GM Klang tahun lalu, di mana seorang individu kelihatan seperti wanita bertudung dirakam melalui rakaman CCTV membawa lari beg tangan seorang jemaah wanita lain yang menunaikan solat di dalam surau.

Dalam kejadian kecurian beg tangan di GM Klang sebelum ini, orang ramai terkejut menyaksikan perbuatan wanita bertudung litup tetapi sanggup mencuri beg tangan di dalam surau.

No comments: