Monday, 31 October 2016

PETROL DAN DIESEL NAIK 15 SEN MULAI 1 NOVEMBER 2016 ???



RON95 : naik 15 sen (RM1.95seliter)

RON97 : naik 15 sen (RM2.30 seliter)

DIESEL : naik 15 Sen (RM1.90seliter) 

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Nov ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).
“Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter,” katanya kepada Bernama, malam ini.


Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75). – BERNAMA

Post a Comment