KUALA LUMPUR – Kegilaan masyarakat global terhadap permainan baharu telefon pintar dalam talian Pokemon Go mungkin mendatangkan kemudaratan serta ancaman jika ia tidak diawasi dan pengguna menjadi obses.
Pengarah Onemyr Awareness Management Mohd Ridzman Azzahari berkata masyarakat harus dilengkapi dengan ilmu mengenai kaedah terbaik untuk bermain permainan ini dan tidak menyalahgunakan WiFi awam untuk kegunaan peribadi termasuk bermain Pokemon Go, terutamanya di pejabat kerajaan.
“Perlu ada satu garis panduan yang menetapkan kawasan larangan untuk bermain permainan ini seperti dilakukan negara jiran. Adakan larangan bermain di pejabat pentadbiran kerajaan atau kawasan pasukan keselamatan.
“Selanjutnya, jalankan kajian mengenai tahap obses pengguna dan masalah yang mungkin timbul disebabkan permainan ini.
“Dengan cara ini, kita akan mempunyai kawalan yang lebih berkesan terhadap permainan ini. Kita tak boleh jadikan negara lain sebagai contoh untuk kita terus menghukum dengan mengharamkan permainan ini,” katanya kepada Bernama.
Mengulas mengenai ancaman permainan ini kepada keselamatan negara, Mohd Ridzman yang juga Perunding Teknologi Maklumat tidak menolak kemungkinan ia akan memberi kesan sekiranya pengguna menggunakan WiFi pejabat pentadbiran kerajaan dan pasukan keselamatan.
“Aplikasi permainan seperti Pokemon Go ini memerlukan capaian internet dan sudah tentu pekerja akan menggunakan WiFi di premis untuk bermain.
“IP (Internet Protokol) address WiFi di premis berkenaan akan terdedah jika digunakan untuk bermain permainan ini dan memudahkan penggodam untuk mendapatkan maklumat penting kerajaan untuk pelbagai tujuan.
“Paling penting di sini ialah jangan salah gunakan WiFi pejabat untuk apa sahaja tujuan peribadi, bukan hanya bermain Pokemon Go semata-mata. Perlu ada pemantauan pihak berwajib dalam aspek ini,” katanya.
Beliau berkata terdapat kemungkinan maklumat akan dijual dan dijadikan berita sensasi untuk kepentingan individu tertentu.
“Sudah tentu akan ada pihak yang mungkin cuba ‘menangguk di air yang keruh’ disebabkan populariti Pokemon Go dan kita perlu adakan pengawasan sebelum ia menjadi lebih buruk,” katanya.
Pada 25 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata aplikasi permainan maya itu akan dihalang penggunaannya jika didapati mempunyai unsur perjudian dan pengintipan yang mengancam keselamatan negara.
Sementara itu, jurucakap CyberSecurity Malaysia yang enggan namanya didedah menyarankan pengguna melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan serta tatacara penggunaan Internet dan aplikasinya secara positif.
“Pengguna harus beretika dan berhemah demi memastikan keselamatan diri dan juga maklumat yang disimpan di dalam peranti digital mereka,” katanya.
Aplikasi yang direka oleh syarikat Niantic Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 75 juta orang memuat turun aplikasi permainan itu di Play Store dan App Store.
Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi itu mula boleh dimuat turun di Malaysia pada Sabtu lepas. – BERNAMA
BERIKUT antara mesej yang mengasak ke group2 applikasi WhatsApp sejak perkara tersebut viral di media sosial.
Belum main dah mintak izin kita nak rakam mende² sekeliling kita walau dlm rumah ada guna GPS. masjid kita, kawasan perumahan kita, silap² orang main dlm lapangan terbang kem tentera mmg bahaya.
Musuh nak masuk negara kita bkn sehari dua, diorang kaji dulu. sbb tu ada negara bkn Islam pun band mende ni. apalah bodoh kita org Islam tak nampak mende ni.
Pulak tu dicipta oleh Google Maps. Google Maps baru 2 hari lepas buang negara Palestin dari peta google. 👈🏼 ramai xtau ni.
Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps.
Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar.
Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk.
Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base?
Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik?
Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara.
Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada!
Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat.
Bayangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah.
Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat?
Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install. Uninstall Pokemon Go !!!
Tak Pelik Ke ? Kita Mesti Rakam Sekeliling Kita. Masjid , Rumah, Dan Lain2. Tak Ke Bangang .
Kita Jadi Macam KULI . Always Follow That Game .
Fikir Positive . Game Ni Lain Daripada Yang Lain .
Game Pokemon Go Adalah Strategi Orang Luar Untuk Ceroboh Malaysia And Wujudkan Agama Baru .
Kepada Umat Islam , Please Uninstall Pokemon Go kerana dikatakan turut menyesatkan umat Islam.... BACA DI SINI
No comments:
Post a Comment