Tuesday, 19 July 2016

BIBLE BAHASA MELAYU MASIH BERLELUASA ???


Penduduk Simpang Bekoh, Melaka, bimbang dengan penemuan lebih 20 buku berkulit hitam dan tercatat perkataan My Kitab di beberapa kawasan tumpuan ramai termasuk pondok bas dan kedai makan,semalam selepas perkara sama pernah berlaku tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Bekoh,Abd Latif Arshad berkata,kehadiran buku berwarna hitam itu disedari penduduk lebih kurang jam 8 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihaknya.Menurutnya,sejurus menerima aduan,dia terus membuat rondaan di kawasan sekitar kampung dan berjaya menemui 25 buku setebal 1 setengah inci yang diletakkan di beberapa jalan dan Medan Selera Simpang Bekoh.  Katanya,ini bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku, Bagaimana pun sebelum ini bilangan buku diletakkan tidak melebihi 10 buah.

“Kita tidak tahu siapa yang melakukan dan tindakan ini seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan Negara bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan dan kesucian agama Islam. Sedangkan kawasan ini majoritinya penduduk berbangsa Melayu dan tidak seharusnya perbuatan meletakkan My Kitab yang secara terang bercanggah dengan agama Islam dilakukan.  Saya harap pihak berkenaan ambil tindakan segera dan tidak membiarkan ia terus berlaku memandangkan kes ini bukan pertama kali berlaku di Simpang Bekoh,” katanya. 

Abd Latif berkata,dia yang telah mengumpulkan buku-buku itu dan kemudiannya membawa ke Balai Polis Simpang Bekoh untuk tindakan selanjutnya. “Saya difahamkan bukan di kawasan ini saja jadi sasaran mereka,malah di Chabau,Jasin turut terjadi perkara sama namun jumlah buku diletakkan tidak banyak,” katanya.Pada September tahun lalu,

Sinar Harian pernah menyiarkan penduduk di Kampung Abbey/Pondok Batang,Asahan gempar dengan penemuan lebih 20 buku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan diletakkan di pondok-pondok bas serta jalan kampung tersebut oleh individu tidak bertanggungjawab. 

UM

No comments: