Monday 23 May 2016

KANAK-KANAK 7 TAHUN DITEMUI MATI DICEKIK DI DUBAI

Emiriyah Arab Bersatu Gempar Pembunuhan Kanak-Kanak 7 Tahun

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu, Jumaat lalu, telah dijumpai mati di Dubai, menurut pejabat polis negeri tersebut.

Sharjah merupakan salah sebuah negeri di UAE dan terletak 37.9km daripada Dubai.
Obaida Ibrahim, 7, telah diculik oleh kenalan kepada keluarganya pada petang Jumaat lalu, sebelum budak lelaki itu dicekik sampai mati dalam satu pergelutan yang dikatakan berpunca daripada cubaan serang seksual oleh penculiknya.
Jeneral Khamis Mattar Al Muzaina, pengarah pejabat polis Dubai berkata, mayat Obaida dijumpai di bawah sebatang pokok di kawasan Al Warqa pada Ahad lalu.
Kali terakhir Obaida ditemui hidup adalah pada pukul 7.30 malam, Jumaat lalu, ketika sedang bermain di luar pusat perniagaan kereta terpakai bapanya, yang juga berdekatan dengan kediaman keluarga mereka di Kawasan Perindustrian Sharjah.
Kehilangan Obaida telah mencetuskan panik dalam kalangan ahli keluarganya sehingga mereka bertindak untuk “memandu ke merata-rata tempat sehingga berjam-jam lamanya” untuk mencari kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, pihak polis telah mendedahkan bahawa dia telah dibawa lari dan mengesahkan bahawa mereka telah berjaya memberkas seorang lelaki Jordan berusia 48 tahun yang dipercayai merupakan suspek kes pembunuhan tersebut (gambar atas, kiri)
“Kami telah mengenalpasti suspek berdasarkan maklumat penukaran alamat rumahnya sejurus selepas insiden tersebut,” kata Al Muzaina.
“Suspek bernama Nedal Isaa Abdullah.
“Pembunuh tersebut telah mengaku bahawa dia telah memerangkap kanak-kanak itu untuk mengikutnya ke kedai untuk membeli papan selaju, sebelum membawanya ke sebuah tempat parkir kereta di Mamzar,” jelas Al Muzaina lagi.
“Suspek telah berada dibawah pengaruh alkohol dan mahu mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak itu, yang menjerit kepada lelaki itu kerana berasa kurang selesa.
“Nedal mengaku bahawa dia telah menjerut leher Obaida menggunakan sehelai skaf, sebelum menyambung kembali mengambil alkohol sehingga jam 5 pagi pada hari berikutnya (Sabtu).
“Selepas dua jam, dia telah pergi ke Academic City untuk membuang mayat kanak-kanak lelaki itu.”MYNEWSHUB.CC

No comments: