Thursday 26 May 2016

GURU BESAR SJK JUAL 'AIR SUCI' KEPADA MURID

Imej google sekadar hiasan

PETALING JAYA – Seorang guru besar dari sekolah jenis kebangsaan cina di Selangor dilaporkan menjual ‘air suci’ kepada murid-murid.

Difahamkan, ‘air suci itu’ dijual pada harga RM3 sebotol sebagai air minuman.
Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen di laman Facebook yang dikenali sebagai ‘Orang Klang’, lapor China Press.
Lebih mengejutkan, guru besar itu juga dikatakan mengadakan upacara keagamaan pada waktu sekolah dengan menjirus ‘air suci’ berkenaan ke atas murid-murid.
Perbuatan menjirus air suci itu dikatakan boleh membantu memperbaiki keputusan peperiksaan murid serta menghalau syaitan.
Selain itu, murid sekolah berkenaan juga dikerah tenaga mengangkat ‘air suci’ itu untuk disimpan dalam stor sekolah.
Malah, demi mempromosikan air suci itu, pihak sekolah dikatakan menjemput sebuah stesen televisyen terkenal di China.
Pendedahan Orang Klang tersebut turut menarik perhatian seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen mendakwa anaknya pernah membawa pulang ‘air suci’ itu ke rumah, tetapi dihalang olehnya kerana mendapati air tersebut berbau pelik. – MYNEWSHUB.CC

No comments: