Friday 27 May 2016

ADUN SUNGAI PANJANG CALON BN DI PRK P093 SUNGAI BESAR


UMNO pusat telah mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar yang dijadual bakal diadakan pada 18 Jun nanti.


Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Command Center di Sungai Panjang, Sungai Besar sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen ini, Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Kampung Triso, Sebuyau, Sarawak. Turut sama terkorban, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan empat yang lain.

Dalam ucapan beliau sebentar tadi, beliau menzahirkan keyakinan bahawa calon yang bakal diketengahkan kali ini dapat diterima dan disukai oleh semua pengundi di Parlimen ini.

Dijangkakan, UMNO dan Barisan Nasional bakal mendapat tentangan dari calon PAS yang turut mengumumkan calonnya kali ini. Persaingan ini bertambah menarik apabila PAN juga bakal meletak calonnya dan ianya mungkin turut disertai dua orang calon bebas.

No comments: