Wednesday 6 April 2016

PENYANYI BATALKAN PERSEMBAHAN, IBU PENGANTIN BATALKAN MAJLIS NIKAH, PENGANTIN LELAKI NIKAH ORANG LAIN MALAM ITU JUGA

Dek kerana permintaan bakal ibu mertuanya yang mahu menangguhkan perkahwinan hanya kerana tiada persembahan penyanyi, seorang lelaki membatalkan perkahwinannya beberapa jam sebelum majlis berlangsung malah bertindak berkahwin dengan wanita lain pada malam tersebut.

Memetik Emirates 24/7, ibu pengantin perempuan mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan kerana penyanyi yang sepatutnya mengadakan persembahan pada malam perkahwinan tersebut membatalkan persembahan.
Ibu pengantin perempuan enggan membenarkan anaknya itu berkahwin tanpa persembahan penyanyi itu dan meminta supaya keluarga pengantin lelaki mengubah tarikh perkahwinan anak mereka.
Namun permintaan ibu pengantin itu ditolak kerana menurut pengantin lelaki, jika majlis tersebut ditangguhkan, dia perlu mengeluarkan bayaran sekali lagi untuk dewan, makanan dan perbelanjaan lain.
Bagi mengelakkan masalah lain, bapa saudara pengantin lelaki kemudian menyuruh lelaki itu berkahwin dengan anaknya malah majlis perkahwinan turut dilakukan pada malam yang sama.
Menurut sumber, wanita yang juga sepupunya itu turut bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Insiden ini viral di media sosial dan kebanyakan netizen menyalahkan ibu pengantin perempuan kerana keputusan yang tidak masuk akal memandangkan segala persediaan telah dilakukan.
Sumber: Sinar Harian

No comments: