INILAH serpihan yang dijumpai di sebuah pulau di Mauritius, di timur Afrika yang dipercayai dari bahagian kabin MH370 |
PULAU RODRIGUES – Serpihan dipercayai dari bahagian dalam kabin pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, dijumpai di sebuah pulau di Mauritius, di timur Afrika.
Pakar Bebas MH370 (IG), Don Thompson sudah melihat gambar bahagian berkenaan dan berkata ia kelihatan padan dengan dinding sekat kabin kelas perniagaan, pesawat MAS Boeing 777.
Kemasan hiasan pada bahagian itu bagaimanapun, tidak terhad kepada seksyen milik B777 dan mungkin juga dari kelas ekonomi, kata Thompson kepada news.com.au.
Maklumat itu disampaikan kumpulan berkenaan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pagi ini.
Maklumat itu disampaikan kumpulan berkenaan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pagi ini.
Jika terbukti objek itu datang dari pesawat yang hilang, ia penemuan yang sangat penting kerana menjadi serpihan dalaman pertama yang mungkin pernah ditemui.
Serpihan itu juga dijangka memberi lebih banyak gambaran bagaimana pesawat itu terhempas ke dalam air.
Serpihan itu juga dijangka memberi lebih banyak gambaran bagaimana pesawat itu terhempas ke dalam air.
Bangkai pesawat itu ditemui pasangan yang sedang bercuti di Pulau Rodrigues ketika bersiar di pantai dekat War-Brûlé antara Mourouk and Gravel, pada Khamis.
Jean Dominique dan Suzy Vitry, yang tinggal di La Reunion berdekatan lokasi penemuan flaperon yang disahkan dari pesawat itu Julai lalu, terus mengesyaki mereka menemui satu lagi serpihan MH370, lapor laman web Reunion, Clicanoo.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang penumpang. – Agensi
No comments:
Post a Comment