Sunday, 17 April 2016

AHLI PERNIAGAAN PONDAN, INSAF INGIN KEMBALI MENJADI LELAKI SEJATI

Bekas 'mak nyah' kongsi kisah kembali ke pangkal jalan: 'Ini jihad melawan nafsu'

SESUNGGUHNYA hidayah itu milik Allah.

Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.


Bagi Safiey Ilias, 22, dia tidak pernah meminta dijadikan berbeza. Dia diuji dengan satu cabaran, namun akhirnya dibukakan hati untuk memilih jalan Allah.

Pernah melalui kehidupan sebagai seorang 'mak nyah' selama bertahun-tahun lamanya, dia kini dalam perjalanan untuk merubah cara hidup dengan kembali menjadi lelaki sejati.

Safiey, atau nama penuhnya Safiuddin Ilias, nyata tidak lokek berkongsi kisah hidupnya di akaun Facebook, dengan harapan agar sisi hidupnya yang penuh liku dan kegelapan itu, dapat menjadi iktibar buat masyarakat.


Safiey, atau nama penuhnya Safiuddin Ilias, nyata tidak lokek berkongsi kisah hidupnya di akaun Facebook, dengan harapan agar sisi hidupnya yang penuh liku dan kegelapan itu, dapat menjadi iktibar buat masyarakat.

Dalam perkongsiannya, lelaki berusia 22 tahun itu menceritakan turning point baginya adalah apabila dia mula mengimbas kembali bagaimana sepanjang hidupnya, dia lebih mengejar duniawi.


"Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia , maka ada dunia di dalam hati kamu. Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat , maka ada Allah SWT di hati kamu," katanya dalam salah satu status di Facebook.

Begitupun, Safiey sempat juga meluahkan kekesalan apabila ada yang menuduhnya sengaja mencari publisiti untuk tujuan perniagaan.


Dalam masa yang sama, dia yang juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan berjaya, mengharapkan agar orang ramai tidak menggunakan agama untuk mencerca golongan transgender atau 'mak nyah'.

Sebaliknya, kata Safiey, adalah lebih baik jika orang ramai membimbing dan mendoakan agar golongan itu berubah ke arah kebaikan.


"Perubahan tidak boleh dipaksa , ia perlu datang dari hati. Dan hati itu Allah yg pegang," tulisnya.

Melalui perkongsian di Facebook juga, Safiey memaklumkan dia baharu sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membolehkan dia kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki.

AstroAwani

No comments: