Tuesday, 1 March 2016

KEWARGANEGARAAN DORIS JONES WAJAR DITARIK BALIK !!!


Wakil Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Mohammad Anuar Mohd Yunus mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook Doris Jones. Tindakan tegas termasuklah menarik balik kewarganegaraannya.


Tindakan tersebut wajar, selaras dengan tindak balas di atas sikap kurang ajarnya dalam akaun facebook milik si pelaku. Sikap kurang ajar dan biadap Doris Jones yang memuatnaik gambar seekor anjing berkepalakan wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam akaun facebooknya baru-baru ini, ternyata biadap dan tidak boleh diterima.

“Bagi kami, ini merupakan satu tindakan yang amat kurang ajar, boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu, kerana orang Islam memandang anjing sebagai haiwan yang sangat sensitif.

“Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak berkuasa menyemak status kewarganegaraan pemilik akaun FB ini, kerana tindakannya merupakan satu penghinaan terhadap pemimpin orang Melayu. Kalau orang buat dekat saya macam tu, saya sendiri pun akan marah,” ujarnya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan wanita yang juga dipercayai macai kepada DAP. Tindakan terkutuk tersebut wajar dihentikan, sebelum ia menjadi kebiasaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Memang patut kewarganegaraan Doris ditarik balik sekiranya dia kini menetap di luar negara. Ini kerana mereka merasa bebas untuk menghina sesiapa sahaja, termasuklah pemimpin hanya kerana mereka berada di luar negara dan negara tidak mampu untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka.

Jadi untuk apa kita hendak simpan rakyat yang tidak berguna seperti Doris Jones?? Jika kehadirannya hanya mampu membusukkan lagi nama Malaysia dan menghasut seluruh rakyat. Bukan itu sahaja, penghinaan yang dilakukan Doris telah menimbulkan kemarahan seluruh kaum dan agama. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada si pelaku. - UtaraNews.com

Post a Comment