Monday, 7 March 2016

CATATAN FUAD AKMAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG SENTIASA MEMBURUKKAN PEMIMPIN !!!


Sudah lumrah bagi sesiapa yang hidup merantau, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Akan tetapi perkongsian seorang rakyat Malaysia yang berkelana di sebuah negara Arab kali ini amat-amat menyentuh perasaan.

Jom kita hayati apa yang saudara Fuad Kamal kongsikan ini :
‪#‎tolong‬ doakan negara kami "Malaysia"

Hari ini saya sempat berbual dengan jiran sebelah rumah saya ini. Rata-rata jiran saya ialah mereka-mereka berbangsa arab (masyarakat tempatan) meskipun kebanyakan penduduk di kawasan kediaman saya ialah mereka-mereka yang berketurunan India & Pakistan.

Ketika kami sedang rancak berbual, tiba-tiba jiran saya yang berbangsa arab ini bertanya kepada saya mengenai Malaysia. Katanya beliau telah banyak melihat laporan negatif mengenai Malaysia dipaparkan di dada-dada akhbar di negara ini (negara arab). Bahkan ada juga disiarkan di kaca televisyen di negara ini. Saya rasa ini mungkin disebabkan liputan media dari luar negara berkaitan deklarasi yang ditandatangani oleh Tun Mahathir bersama konsensus pembangkang baru-baru ini. Sesi pengisytiharan deklarasi ini begitu mendapat liputan luas para media dari dalam dan luar negara. Turut tidak ketinggalan ialah media dari dunia arab. (Lihat gambar laporan akhbar Arab News) Sebelum ini sudah banyak laporan berunsur negatif melibatkan negara kita seperti skandal 1MDB, derma 2.6 billion, penyusutan nilai RM dan sebagainya lagi banyak dilaporkan oleh media di negara ini.

Beliau katakan lagi? Bagaimana Malaysia boleh terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan ini sedangkan Malaysia bagi mereka adalah negara contoh bagi kebanyakan negara umat Islam @ majoriti Umat Islam. Kata beliau lagi, kami orang arab sangat mengagumi Malaysia. Bagaimana Malaysia boleh menjadikan masyarakatnya ada kemajuan dan majmuk, hidup dengan harmoni walaupun berbeza ras dan keturunan. Tetapi tidak bagi kami bangsa arab. Kami tidak dapat bersatu meskipun kami ialah sebangsa arab. Bangsa kami sanggup berbunuh antara satu sama lain. Disebabkan inilah kami dan kebanyakan masyarakat di rantau arab ini sangat mengagumi Malaysia.
Tambah beliau lagi, Malaysia juga menjadi contoh negara umat Islam yang agak moderat berbanding dengan negara-negara dirantau arab lain yang agak konservatif dalam pentadbiran kerajaan mahupun sosio budaya masyarakatnya. Perkara ini sebegini telah berjaya mengangkat imej Malaysia di mata masyarakat arab.

Tatkala saya mendengar pertanyaan beliau ini , saya terus terdiam. Terdiamnya saya bukan disebabkan terkejut tetapi diamnya saya ialah saya tidak ada jawapan untuk semua pertanyaan beliau itu. Hati saya menjadi kelu? Saya pasti sejak Malaysia dilanda dengan pelbagai skandal ini, pastinya rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara akan dihujani dengan pertanyaan sebegini. Masyarakat luar seakan terkejut dan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi kepada Malaysia. Disebabkan itulah, mereka akan bertanya sendiri kepada rakyat Malaysia sebagaimana yang telah dialami oleh saya pada hari ini.

Akhirnya saya gagahkan juga bibir saya untuk berkata kepadanya. "Pemimpin kita ibarat bapa kepada negara kita dan kita sebagai rakyat di negara kita ibarat anak kepada pemimpin tersebut. Seteruk mana pun ayah kita ianya tetap ayah kita". Ketika mendengar jawapan saya itu, mimik muka lelaki arab ini berubah seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan saya! Maka sebelum saya menamatkan perbualan kami, saya sempat mengatakan kepadanya, " tolonglah doakan negara kami "Malaysia" dalam doa tuan".

P/s : Insyallah saya tidak akan memburukkan pemimpin saya di hadapan masyarakat luar. Juga sama sekali tidak akan menyebut segala punca kepada skandal ini ialah "Pemimpin-pemimpin" kita. Cukuplah kata-kata saya kepadanya " tolong doakan negara kami ". Mungkin disebabkan doa tersebutlah, Allah ta'ala memberikan kebaikan buat negara kita. Amin thummā Amin. ‪#‎Ada‬ orang cakap, doa sahaja tanpa usaha tidak jadi jugak. Tapi kritik sahaja tanpa usaha pun xjadi gak. Doa dapat pahala kritik dapat dosa. smile emoticon

Catatan picisan 
Fuad Akmal 
Rakyat Malaysia yang menetap di bumi padang pasir 
6/3/2016
Terima kasih saudara Fuad Kamil. Izinkan penulis untuk berkongsi di blog ini buat tatapan pembaca semua. Semoga "sedikit" perkongsian ini dapat menyedarkan rakyat kita betapa beruntungnya kita dilahirkan di negara bernama Malaysia ini.

Syukur Alhamdulillah.... 

Post a Comment