Tuesday 9 February 2016

RAFIZI AGEN FREEMASON PECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM NEGARA INI ???


Dakwaan Rafizi yang mengelirukan rakyat dengan mengatakan rizab Tabung Haji telah pun negative sejak 31 Disember 2014 telah menyebabkan ramai dikalangan penyimpan Tabung Haji bertindak untuk mengeluarkan semua baki simpanan dari akaun Tabung Haji. Di dalam blognya rafiziramli.com yang bertarikh 27, Januari 2016, Rafizi menggariskan bahawa:


1. Tabung Haji tidak mempunyai asset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

2. Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 21 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya.

3. Jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 billion, semua asset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 Juta.

4. Beliau juga menyeru Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.

Baru-baru ini melalui kenyataan akhbar Dato Seri Jamil Khir Baharom telah mengumumkan bayaran bonus Tabung Haji bagi pendeposit adalah sebanyak RM 3.23 Billion dan baki keuntungan sebanyak 300 juta akan disimpan sebagai Rizab. Dengan ini bonus tahunan pendeposit adalah 5% dan tambahan bonus bagi yang belum menunaikan Haji adalah 3% menjadikan 8% bagi yang belum pernah menunaikan Haji. Melalui kenyataan daripada siding akhbar tersebut jelas membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Rafizi adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata.

Akibat daripada kenyataan palsu dan bermain dengan angka yang dikeluarkan oleh Rafizi telah menyebabkan kebanyakan dari pendeposit Tabung Haji bertindak mengeluarkan keseluruhan baki simpanan dari Tabung Haji. Ini mengakibatkan mereka yang mengeluarkan baki simpanan tidak mendapat keuntungan dari bonus yang sepatutnya akan diterima pada 4 Febuari yang lepas. Yang lebih mengejutkan lagi, Rafizi sendiri mempunyai simpanan sebanyak RM464, 372 di dalam akaun Tabung Haji. Ini bermakna beliau sendiri akan mendapat keuntungan bonus sebanyak RM 23,000. 

Ternyata pendeposit Tabung Haji yang menyokong kuat kenyataan Rafizi telah ditipu kerana Rafizi sendiri tidak mengeluarkan simpanannya di dalam Tabung Haji. Malah mendapat keuntungan yang banyak dari bonus tahunan Tabung Haji pada tahun ini.

Adakah kenyataan yang dibuat Rafizi hanya gurauan sepertimana satu  kes saman melawan Dato’ Seri Najib dan Rosmah? Jika benar hanya gurauan, siapa yang akan membela nasib pendeposit yang bertindak mengeluarkan duit dari simpanan Tabung Haji? Pendeposit yang menutup akaun tidak akan mendapat dividen dari bonus pada tahun ini manakala Rafizi Ramli akan mendapat dividen Rm23,000? Siapa yang akan rugi dalam kes ini?

Dr. Asyraf Wajdi telah mengumumkan bahawa Tabung Haji mencatatkan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun sebanyak RM3.53 billion membolehkan Tabung Haji membayar dividen dan bonus sebanyak 8% . Kenyataan ini membuktikan bahawa Tabung Haji sebenarnya tidak mempunyai rizab negatif.

Sebagai tambahan, kos Haji bagi Malaysia kekal RM 9,980 kepada pendeposit yang ingin mengerjakan haji. Kos ini adalah jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan lain-lain lagi.

Sebenarnya gerakan bagi menjatuhkan institusi-institusi islam  di dunia amnya dan di Malaysia khasnya telah giat dijalankan oleh “tangan-tangan ghaib” bagi memastikan Islam sukar untuk bertapak semula. Sedar atau tidak, “Perang Salib” zaman moden telah bermula lagi. 

Suka atau tidak, kita harus bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan gerakan bagi menjatuhkan maruah Islam dapat dipatahkan. Sebagai contoh, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Obama telah banyak menyuntik dana di dalam system pendidikan di Indonesi bagi menubuhkan Sekolah Sekular di Indonesia bagi menghapuskan Sekolah Pondok. 

Begitu juga halnya di Malaysia, pelbagai usaha telah dibuat Amerika Syarikat di bawah bantuan Parti Pembangkang agar perpecahan terus berlaku  dikalangan umat islam.   Namun apa yang lebih mengecewakan adalah, orang Islam seperti Rafizi inilah sebenarnya agen yang banyak membantu dalam menjatuhkan institusi islam di negara ini. 

Di ruangan yang akan datang, In shaa Allah kita akan menyingkap lebih banyak  strategi bagi menjatuhkan umat Islam di dunia amnya dan Malaysia khasnya.

#TheSixPhoenix.

Selain memfitnah Tabung Haji... Rafizi juga kerap mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap isu-isu semasa.. :

1 comment:

Unknown said...

Tiada siapa pun KELIRU dengan analisis Rafijik berkaitan
KERUGIAN TH. He talks based on his knowledge, experiance and
expertise dalam bidang pengurusan kewangan. Dia ada ijazah
CHARTED AKAUN (ICAEW). Ijazah ini bukan DIBELI. Dia ada rekod
cemerlang dalam dunia akademik.
Dia bekas pelajar MCKK.
Dia pernah menjadi penasihat kewangan di PETRONAS CARIGALI
dan sebuah badan Farmasi Antarabangsa.
Lainlah Azeez, si Pengerusi TH - ijazah pun dibeli.
Sudahlah beli, tak reti pulak nak siasat ada ke tak Universiti tu di US.
Dah terkantoi, terpaksa delete kelulusan Ijazah tu. Yang tinggal cuma kelulusan SPM!
KIHKIHKIHKIH......Hahahaha.
Betul kata RAfidah Aziz. Korang ni macam BURUNG UNTA,
suka semunyi kepala dalam pasir. Bontot tertongek keluar.
Fahamlah betul-betul.
Semua orang risau, takut TH runtuh.
Dah lebih 65 tahun beroperasi dengan cemerlang, tetiba sekarang
menghadapi masalah. Orang bukan kisah sangat pasal bonos 5% tu.
Ofrang takut TH disalahguna oleh tangan-tangan ghaib yang rakus.
The 3 STTOGES nilah wakilnya dalam TH.
Sungguh menggerunkan.