Tuesday, 2 February 2016

CHEF TERKENAL BUNUH DIRI SELEPAS AYAH DAN MENTOR MENINGGAL DUNIA

Benoît Violier
Cef terbaik dunia, Benoît Violier, 44; ditemui mati akibat bunuh diri, hanya beberapa bulan selepas bapa dan mentornya meninggal dunia.

Benoit yang merupakan bapa kepada tiga anak itu, dipercayai menembak dirinya sendiri. 

Difahamkan ketika meninggal dunia, dia memiliki tiga buah restoran eksklusif dan mewah di Switzerland.

Salah satu restorannya di Crissier, telah dinamakan sebagai salah satu daripada 1,000 tempat makan terbaik di 48 negara, melalui ranking yang dibuat oleh ‘La Liste’.

Dalam temuramah dengan majalah L’ illustre pada bulan September lalu, Violier menyifatkan kematian bapanya dan mentornya itu sebagai memilukan kerana kehilangan dua insan penting dalam hidupnya.

“Bapa saya meninggal dunia pada 8 April lalu, tiga bulan kemudian mentor saya, Rochat pula meninggal dunia,’’ katanya.
Menurut laman berita Switzerland, 24 heures, Violier dijadualkan untuk melancarkan peraturan Michelin yang baharu di Paris, pada Isnin.

Violier dilahirkan di Perancis dan kariernya semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Beliau dinamakan sebagai Chef of the Year pada 2013 oleh Gault & Millau. Dikenali sebagai pemburu, beliau terkenal kerana menggunakan barang tempatan dan produk bermusim.

Dia memperoleh kerakyatan Switzerland dua tahun lalu. –Kedahnews.com

No comments: