Monday, 18 January 2016

PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR TERBAKAR



Kuala Lumpur: Struktur luar Perpustakaan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, di sini terbakar pagi tadi.





Kejadian kira-kira 10 pagi itu disedari pekerja pencuci bangunan.


Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Armdan Mahat berkata, siasatan awal mendapati api berpunca daripada kerja kimpalan di lokasi kejadian.


"Pihak kami menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada 10.18 pagi dan tiba di lokasi pada 10.25 pagi.

« »

"Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke tempat lain kira-kira 10 minit kemudian. Hanya struktur luar membabitkan papan tanda perpustakaan hangus," katanya.

- hmetro

Post a Comment