Thursday, 12 November 2015

SHAOLIN SOCCER BAKAL MENJADI REALITI


WOW!!  SIAPA sangka, imaginasi Stephen Chow yang menggabungkan kung fu dan pemainan bola sepak menerusi filem Hong Kong popular, Shaolin Soccer pada tahun 2001 bakal menjadi realiti dalam kehidupan sebenar.


Ini kerana, sebuah sekolah seni mempertahankan diri di bandar Dengfeng, China telah menubuhkan kelas latihan yang menggabungkan kung fu dan kemahiran bermain bola sepak.

Memetik People’s Daily China, gabungan seni mempertahankan diri dengan bola sepak itu adalah satu pembaharuan dalam sistem bola sepak China.

Ketua Jabatan Budaya Fizikal, Zhang Wenshen berkata, pelajar yang terpilih memasuki kelas latihan itu bakal diajar menggabungkan kemahiran kung fu dalam sukan bola sepak.

“Setakat ini, kami merancang untuk memilih 50 kanak-kanak lelaki dan 50 kanak-kanak perempuan daripada kira-kira 30,000 pelajar kung fu bagi mengikuti kelas bola sepak yang baharu ditubuhkan itu.

“Para pelajar yang terpilih berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun,” katanya.

Post a Comment