Sunday 29 November 2015

MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 'BUAT DUIT' DARIPADA ORANG SUSAH ???


Cerita Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Berhantu???

1. Hari ni saya ke sana menemani seorang hamba Allah utk membuat Pengesahan Lafaz Cerai.

2. Makhamah Syariah yg tersergam indah ini hanya menambah mimpi ngeri bagi semua para isteri yg dtg dgn pelbagai tuntutan berkaitan rumahtangga..nafkah..hak penjagaan anak, tuntutan nafkah.... tuntutan harta sepencarian dan sebagainya..


3. Bayangkan utk sampai ke sini bas awam tak ada.... si isteri yg dtg pulak jenis tak ada duit... tidak di beri nafkah ditinggalkan buta2 oleh si suami..datang terpaksa naik teksi....contohnya lah..Ya lah siapa nk mengantar..adik beradik dah tentu bekerja

4. Oleh kerana dia kenalan lama, saya menolongnya secara ikhlas.. kerana sya berharap dia juga mendapat hak yg di nafikan oleh pihak suami. Masaalahnya pun dah puluhan tahun.... tabik jugak saya pada dia dek kesabaran yg tinggi..mampu menyara 6 org anak.  Memikul 2 tanggungjawap sebagai bapa dan ibu.... alang2 mental juga dibuatnya.

5. Masaalah status juga perkara yg sangat penting dlm kehidupan sekarang....nak di letak sebagai ibu tunggal masih ada suami.  Nak kata bersuami mcm ibu tunggal. Segala keperluan di letak di atas bahunya..

6. Mohon lah mana-mana bantuan pun ooh.. bantuan ni utk ibu tunggal je..jadi yg ibu tinggal atau ibu tunggul ni (setengah2 label yg diberi org) ...nak kemana hala tuju...nak tuntut cerai bukan sesuatu yg mudah..  Semuanya perlu duit..yg jadi ibu tunggul ni sebenarnya mereka bukan tidak mahu menuntut hak2 mereka di Mahkamah Syariah ..masalah utama wang ringgit..!

7. Balik pada cerita tadi..sampai mahkamah...lepas ambik nombor di panggil ke kaunter 1.

8.Di beri 2 borang.  Satu borang untuk dokument peribadi .  Satu borang lagi cerita lafaz dari si suami

9. Puan lengkapkan borang ni dulu..tapi  tak  boleh tulis tangan tau.... Kena taip kat bilik sebelah luar sana..

10.. Kawan tadi dah merenung muka saya dgn wajah muram..Tak pe..kita isi dulu..  tak cukup duit .. saya ada bawa duit sikit pujuk saya.  Muka dia dah keruh airmata dah mula menitik. 
Kasihan betul..

11. Sampai ke jurutaip dia hulur borang ..sehelai ni RM 20.00 ya puan..tiba-tiba saya rasa nk tercekik tak sempat menelan airliur.. ya RM 20..ulangnya sekali lagi.

12. Agak2 la pun tak kan nak taip mcm ni hanya name.. alamat..butir peribadi charge sampai RM20... kalau 2 helai dah RM40. Otak saya ligat mengira....

13.Puan tenguk sini carta ni Pihak Mahkamah dah sedia maklum..kalau tak puas hati boleh complain kat dia orang.... sambil menunjukkan satu senarai harga bayaran setiap borang ada yg RM30 ada RM40 mengikut jenis tuntutan..

14. Kawan tadi dah bisik-bisik..jom lah balik .. tak cukup duit la...saya ada RM50 je ni..saya duduk di kerusi yg ada tarik tangan dia..tak pe..dah sampai sini kita buat je.. tak cukup saya bantu..alang-alang dah sampai sini.

15. lsi borang No.7.. RM20..save dlm memory nk tanya balik kat kaunter nnti kenapa semahal tu harga A4 paper..yg bertaip.

16. Balik kaunter 1..oleh kerana kawan tadi dah sendu saya bukak mulut tanya pulak pd pegawai ..jawapan yg paling mudah..standard kata org sekarang..ooh itu jurutaip persendirian tak ada kaitan dengan mahkamah ni.. Mak aiihh senangnya jawap ..yg sana kata harga tu dah dipersetujui oleh mahkamah ..mahkamah kata tak ada kena mengenai pulak.. sapa nak jawap ni..?

17. Saya tanya lagi kenape borang ni tak boleh tulis tangan je...ooh itu mmg law..hakim tak terima.. kalau tulis tangan..? Fikir dlm hati agaknya Hakim ni dah tua-tua kot rabun baca kes setiap hari..

18. Selesai pegawai tadi merekodkan sesuatu..dia tunjuk arah pergi ambik tarikh bicara kat kaunter sebelah tu..nanti bayar pendaftran RM27.00.

19. Lagi sekali tangan saya direntap..eh dah dekat RM47.00 ni macam mana .. tak cukup duit la ..tak pe nnti kita buat rayuan mintak kurangkan bayaran.  Saya cuba memujuk utk menenangkan dia.
Saya kat sini rekod je puan.aNak kurangkan bayaran mintak kat kaunter pembayaran nanti... Pegawai tu memberitahu dengan yakin..  Tapi hati saya memang tak yakin... ni takat lepas tenguk je..

20. Ke kaunter bayaran... RM27..00 puan. Tak boleh kurang ke laju kawan saya bertanya mana boleh.. laju pegawai tu menjawap..
Nak je saya ke kaunter sebelum tadi tunjal dahi pegawai lelaki tadi kerana menipu.. kali ni  tangan saya pulak ditarik oleh kawan saya sebab dia boleh agak tindakan saya nak bgi sikit "kata-kata manis kat staff yg kata ..nk kurang bayaran pg kaunter bayaran" memang Pegawai penipu.. Tak faham jugak kenape lah kena bayar pendaftran pun RM27.. sangat2 membebankan.. dia warganegara bukan pendatang asing atau pun Pr suami pun warganegara.

21.  Andai kata kejadian berlaku pd org yg betul2 susah.  Dtg sekadar bawak duit tambang je macamana alamat balik jalan kaki..dah duit tinggal RM3.00 je..apatah lagi nk menjamah nasi.  Air seteguk pun tak lepas....

22. Siapa yg nak membela wanita-wanita macam..ni...???   Mana dan Apa pihak Kementerian
Wanita buat..dgn kes-kes mcm ni..terlepas pandang ke ..atau di anggap hanya kes2 terpencil.. atau jadi kes isteri di tikam di rodok suami dgn senjata tajam barulah org tu org ni dtg tanya.  Barulah Mak Menteri dtg berkunjung tanya itu ini..baru nak perhatian.  Siapa yg sudi nk bagi bantuan isteri yg teraniya mcm ni..nak mohon BR1M dah tentu lah tak layak.  Sebab dituntut oleh ketua keluarga.. dah tentu kalau jenis suami dah lafaz talak tak mahu dtg bukak file ke mahkamah..jgn haraplah duit BR1M sampai ke tangan isteri.

23. Sewajarnya Kementerian sedia maklum berape ramai wanita di nafikan hak untuk mendapat BR1M tergantung kerana kes penceraian masih belum selesai..kadangkala sampai 2 ke 3 tahun..

24.  Atas sebb inilah sya sampai ke mahkamah kerana mahu pembelaan yg sewajarnya pada isteri yg di nafikan haknya.

25.Teringat kata-kata seorang sahabat saya juga. Mahkamah Syariah ada lah tempat paling berhantu dan seboleh-bolehnya dia mengharamkan kaki ke situ lagi..sekarang baru saya faham maksudnya.

26. Di sini saya nk mohon lah mana2 pihak ada kuasa seperti persatuan ibu tunggal mana NGO.. memberi perhatian masaalah ni demi wanita2 yg masih terbelit masaalah di Mahkamah kerana kekangan wang ringgit..

NOTA  :  Beberapa ejaan perkataan bagi versi di atas telah diubahsuai untuk mudah dibaca dan difahami tanpa mengubah sedikit pun maksud cerita asal. Untuk versi asal sila KLIK DI SINI

No comments: