Thursday, 5 November 2015

(FOTO & VIDEO) - FENOMENA BELALAI AIR GEMPARKAN LIM GUAN ENG !!!


Butterworth : Penduduk sekitar daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran Jeti Butterworth, di sini, hari ini.


Fenomena yang berlaku dalam tempoh seminit pada 4.20 petang itu menjadi viral apabila dirakam individu yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum dimuat naik ke laman sosial.


Berita tersebut menjadi gempar apabila Belalai Air itu dianggap puting beliung oleh penduduk di negeri di bawah pentadbiran Lim Guan Eng itu...


Penduduk Lim, 32, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta untuk ke tempat kerja di bandar ini.


Katanya, ketika melalui jalan pesisir pantai, dia terkejut apabila melihat awan berkumpul dan ada pusaran bersambung dengan permukaan air.


“Saya sangkakan puting beliung tetapi tiada angin kuat dan teringat dengan kejadian seakan-akan sama berlaku di Semenanjung, baru-baru ini. Saya membuat anggapan ia fenomena biasa belalai air berlaku di laut,” katanya.

Sumber : Metro

Post a Comment