Wednesday 7 October 2015

MOTOSIKAL MELETUP SUAMI ISTERI MAUT BERKECAI





GUA MUSANG – Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Kampung Pulai, Gua Musang pagi ini.

Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran.”

“Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik. -Agensi

UPDATE  :

ANAK ANGKAT MANGSA BELI BOM DI THAILAND  UNTUK 'LETUPKAN' IBUBAPA

KOTA BHARU 8 Okt. - Bom yang dibeli dari Thailand dipercayai telah digunakan seorang pemuda bagi membunuh pasangan suami isteri di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal terhadap anak angkat mangsa itu mendapati bom berkenaan telah dibeli di negara jiran dengan harga RM300.

“Daripada hasil siasatan awal juga, kita mendapati suspek berusia 27 tahun itu telah memasang bom tersebut di motosikal berkenaan sejak tiga hari lalu (sebelum kejadian).

“Jenis bom bagaimanapun masih sedang dikenal pasti oleh Unit Pemusnah Bom di Bukit Aman,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, maut dalam keadaan mengerikan apabila badan mereka berkecai akibat letupan bom buatan sendiri semasa menunggang motosikal menuju ke Kampung Pulak di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai.

Ekoran daripada itu, pihak polis menahan seorang suspek yang juga anak angkat mangsa di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini kira-kira sejam kemudian.

No comments: