Sunday 27 September 2015

SELEPAS KAHWIN DENGAN PAK ARAB.. TIBA-TIBA UMI HAFILDA MUNCUL DESAK PM SUMPAH LAKNAT !!!


Lama menghilangkan diri selepas berkahwin dengan pak arab, akhirnya Ummi Hafilda muncul semula. Kali ini dengan bermediumkan, Kuasa Suara Rakyat, sebuah NGO yang diketuainya, mencipta cerita yang sama, menggunakan skrip 1998 dengan peralihan watak daripada Anwar Ibrahim kepada Najib Abdul Razak. Cuma ada sedikit perubahan skrip apabila jalan cerita kali ini tidak melibatkan skandal kakak iparnya dan bakal Perdana Menteri, sebaliknya hanya melibatkan Najib Abdul Razak.


Ummi Hafilda yang merupakan adik perempuan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, mendesak Najib agar membuat sumpah laknat berhubung RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri menerusi akaun peribadinya menjelang PRU-13.

Menurutnya, Najib perlu bersumpah laknat bahawa RM2.6 bilion itu diterima daripada jutawan Arab yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan peribadinya.

Mendakwa NGOnya dianggotai oleh 30,000 orang (angka yang sama yang turut didakwa dimiliki oleh Jamal Mohd Yunos), Ummi Hafilda turut merancang untuk mengadakan solat hajat yang turut mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertainya sebelum menghantar memorandum kepada Najib. (RUJUK SINI)


Ummi Hafilda turut menyatakan simpati kepada Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan di bawah SOSMA dan menyatakan, dia faham 'penderitaan' yang dialami oleh Khairuddin Abu Hassan dengan merujuk kes bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan itu dengan nasibnya pada tahun 1997.

Penahanan Khairuddin di bawah SOSMA disifatkan sebagai 'penyalahgunaan kuasa' pihak berkuasa.

Nampaknya, 'drama queen' yang sangat gemar dengan limpahan lampu flash kamera wartawan, sudah muncul. Anehnya, dia tidak pula meminta dan mendesak abangnya, Azmin Ali membuat sumpah laknat berhubung kehilangan RM9.75 bilion daripada pelaburan DEIG yang bercempera.

Azmin Ali dan PKR mendakwa, DEIG belum lagi beroperasi, tetapi banyak pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat yang dibuat oleh DEIG selain 7 anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang rugi teruk selain penjualan serta pelupusan beberapa aset anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi menampung kerugian hasil daripada pentadbiran dan pengurusan operasi yang amat lemah.

DEIG kurang menarik perhatian daripada golongan pro-Tun yang cukup bersemangat bercakap tentang RM2.6 bilion dan 1MDB, sekalipun pihak berkuasa termasuklah SPRM dan PDRM, telah mengesahkan tiada sebarang penyelewengan serta salahguna kuasa dan dana serta rasuah. Kelompok berkenaan masih kekal dengan pendirian mereka bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah satu bentuk penyelewengan tetapi langsung tidak bersuara apa-apa tentang DEIG.

Ada cubaan untuk mencungkil dan mendedahkan kepincangan DEIG, namun isu tersebut segera ditimbus dengan serangan lebih besar dan lebih kuat canangnya terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion! theflyingkick

No comments: