Monday, 28 September 2015

SAIFUL NANG TIDAK TUNAI HAJI TAHUN INI TAPI FITNAH TANAH SUCI ADA RUMAH PELA*UR !!!




Ramai rakyat Malaysia beranggapan apabila Saiful Nang memuat naikkan status facebooknya tentang kewujudan pelacur di Tanah Suci, mereka ingat Saiful Nang sekarang ini berada di Tanah Suci mengerjakan Haji. Rupanya beliau merapu sempena ambil tempo musim Haji tahun ni.

Kalau dilihat kepada beberapa status facebooknya, beliau hanya mengimbas kembali kenangan beliau menjadi petugas jemputan(mungkin berbayar mahal) kepada TH Travel & Services pada tahun 2013.


Beliau imbau kembali bagaimana insiden-insiden yang berlaku di Tanah Suci pada setiap tahun dan akhirnya pada tahun ini, 2015, beliau letupkan fitnah kononnya beliau ada bukti wujudnya sarang pelacur di Tanah Suci, nauzubillah. Sandaran Saiful Nang hanya daripada pemandu teksi.

Bukan setakat memfitnah Tanah Suci, Saiful juga cuba tunjuk lagak seperti beliau lebih hebat dari semua alim ulama dunia tentang khutbah Arafah. Tanpa rasa sedikit pun rasa untuk bertanya ustaz-ustaz di Mekah terutama yang disediakan oleh Tabung Haji, beliau lontar pandangan sisi iblisnya. Baca di SINI.

Kalau kita pergi sebagai media mewakil TH atau apa saja agensi dari Malaysia, apakah yang terfikir dalam kepala kita untuk dilaporkan kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang lagi untuk menyahut seruan Rukun Islam ini? 

Bukankah bagi insan media yang waras dan normal, mereka akan laporkan apa yang Kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji sediakan atau lalukan kepada jemaah haji kita berbanding dengan jemaah haji dari negara-negara lain?

Perlukah kita persembahkan fitnah kepada umat manusia tentang apa yang ada dan berlaku di Tanah Suci?

Pertuduhan Saiful Nang tentang kewujudan rumah pelacuran di Tanah Suci bakal merosakkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang sekian lama dilihat begitu akrab.

Apa tujuan Saiful melemparkan fitnah yang begitu dasyat ini? Baca di SINI

- AAKJ

Post a Comment