Monday 28 September 2015

HANYA KERANA TUDUNG AIDIJUMA..... RELA BIARKAN ANAK TIDUR TERGELEMPANG ATAS LANTAI ???


Bila ditegur.., nanti dikatakan kita sibuk atau dengki dengan bisnes dorang yang kononnya maju bagai tu.. Tapi itulah... korang tengok la sendiri perangai mak yang sanggup biar anak tergelimpang tidur atas lantai hanya sehelai tudung yang kononnya eksklusif sangat...

Dah mentaliti melayu kita gamaknya ye.. Kepala tu kena cantik berfesyen ikut trend semasa.. Tak kisah lah kalau anak-anak dah macam gelandangan pun kann..

Errr...... bertudung ni tujuan dia nak tutup aurat ke atau nak lawan sapa lagi fesyen up to date ye?? Tak paham betul lahhh...


Nak tambah sikit laa.... di akhirat sok di soal ke agaknya... TUDUNG JENAMA APAKAH DIPAKAI UNTUK MENUTUP AURAT ?????

Ramai wanita nampak anggun bertudung bukan kerana jenama tetapi cara pemakaian dan penampilan.  Tudung berjenama pun kalau tak pandai nak pakai... atau pakai sekadar fesyen bukan kewajipan menutup aurat.... tak guna jugak!!!

Harap berpada-padalah ye.... bersederhana dalam semua perkara itu adalah lebih baik....

No comments: