Monday 27 July 2015

PLAZA LOW YAT DIBOIKOT ??


Beberapa buah akaun Facebook diwujudkan bagi memboikot Plaza Low Yat berikutan tercetusnya pergaduhan pada pertengahan Julai lalu.


Beberapa buah akaun Facebook diwujudkan bagi memboikot Plaza Low Yat berikutan tercetusnya pergaduhan di pusat beli-belah yang terletak di Bukit Bintang itu pada pertengahan Julai lalu.

Akaun seperti “Boikot Plaza Low Yat” dan “Boikot Plaza Low Yat KL” kedua-duanya diwujudkan pada 12 Julai susulan insiden yang berlaku sehari sebelumnya.

Sehingga kini lebih 40,000 pengguna Facebook menyukai laman “Boikot Plaza Low Yat” sahaja.

Laman-laman ini mensasarkan kaum Melayu supaya memboikot pusat beli-belah yang mengkhusus menjual barangan elektronik dan teknologi maklumat itu.

Pelbagai posting yang memuatkan gambar, rakaman video dan status perkongsian yang memperkatakan mengenai insiden yang berlaku di Plaza Low Yat dikongsi oleh pengendali laman-laman tersebut.

Variasi hashtag seperti #boikotlowyat dan #boikotcinapenipu turut digunakan dalam hampir setiap posting.

Laman “Boikot Plaza Low Yat KL” dikendalikan oleh individu yang dikenali sebagai ‘Jai KL Gangster’.

Bagaimanapun, tidak semua pihak menyokong hala tuju laman-laman seperti ini. Sebahagian netizen meluahkan pendapat mereka menerusi muat naik di laman Twitter.

Penangkapan dua suspek yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada 11 Julai lalu menjurus kepada rusuhan diluar pusat ICT itu pada keesokkan harinya.

Salah seorang daripada suspek dibebaskan oleh pihak berkuasa dan dipercayai kembali semula ke plaza sambil ditemani rakan-rakannya. Mereka didakwa menyerang sebuah kedai di mana pekerjanya telah membantu penanangkapan suspek sebelum itu.

Mengikut laporan media, sekurang-kurangnya 200 orang ramai berkumpul di luar Plaza Low Yat pada 12 Julai sehingga menyebabkan lima orang cedera termasuklah petugas media.

Berikutan kekecohan itu, polis menahan beberapa individu termasuk blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang turut dikenali sebagai Papa Gomo, Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Shaikh Hussein dan aktivis pro-UMNO Mohd Ali Baharom, juga dikenali sebagai Ali Tinju.

Sumber: Astro Awani

No comments: