Thursday 23 July 2015

DAP PERAK MAHU YANG HARAM UNTUK ISLAM DITUKAR KEPADA HALAL !!!



Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) sebelum ini menasihati Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak supaya melarang pelanggannya yang bukan pasangan muhrim dari menggunakan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi mengelak gejala sosial yang kian menjadi-jadi.

Atas nasihat tersebut, pihak pengurusan LFS telah bersetujui dan mengambil inisiatif untuk melarang pelanggannya yang bukan pasangan muhrim menggunakan kerusi tersebut sejak pawagam itu mula beroperasi.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil oleh LFS berdasarkan nasihat dari MDPT dianggap oleh pemimpin DAP sebagai bukan cara terbaik mendidik anak muda sekarang.

Menurut Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Perak, Howard Lee Chuan How, MDPT tidak sepatutnya campur tangan memberi nasihat kepada LFS walaupun atas arahan pihak lain.

Katanya, arahan tersebut dikeluarkan atas alasan untuk mengatasi 'gejala sosial' adalah tidak tepat kerana mengabaikan gambaran keseluruhan komplek.

Oleh itu, beliau mewakili DAP membantah sekerasnya perbuatan LFS melarang pasangan yang tidak berkahwin daripada menggunakan kerusi berkembar atau 'couple seat' kerana tindakan itu dianggap melanggar akta yang telah ditetapkan.

"Terutamanya sekali, Akta Kerajaan Tempatan 1976 sama sekali tidak memberi sebarang kuasa kepada mana-mana kerajaan tempatan untuk mengawal dan menguatkuasakan moral dan akhlak.

"Maka, Majlis Daerah Perak Tengah tidak berhak mengeluarkan arahan mahupun nasihat sebegitu dan ia jelas telah merentasi bidang kuasa dan bidang kerjanya," kata Howard Lee.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin DAP mahu anak muda kini terutamanya anak muda Melayu-Islam rosak apabila membantah keputusan LFS melarang pelanggan bukan muhrim menggunakan kerusi 'couple seat'.

Selain itu, mereka juga inginkan negara ini menjadi negara yang bebas bersosial dan menghentikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Seperti umum tahu, kebanyakan pasangan anak muda yang bukan muhrim yang menonton wayang akan memilih kerusi 'couple seat' kerana kedudukan kerusi tersebut berada di barisan belakang dan tidak mempunyai penghalang di bahagian tengah memudahkan mereka menjalankan 'projek wayang'.

Bagi Andy, langkah yang dilakukan oleh LFS perlu diikuti oleh lain-lain pawagam bagi mengelak gejala sosial terus meningkat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga moral dan akhlak anak muda kini hancur dan rosak.- Utaranews.com -

No comments: