Tuesday, 7 July 2015

DOKUMEN BUKTI WSJ SEBENARNYA PASLU !!!




(EDITED) 

Setiap media perlu bertanggungjawab terhadap bahan yang mereka siarkan terutamanya media yang sering digunakan sebagai rujukan sesetengah pihak sebagai sumber untuk mencetuskan kontroversi mengikut acuan yang mereka kehendaki.


Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan dakwaan palsu itu sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkannya.

Sebelum ini pihak Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat WSJ bagaimana ia menerima maklumat tentang AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga telah mengesahkan bahawa pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi pada Julai 2013 tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad(1MDB).


Untuk makluman, Kod SWIFT PNBPUS3NANYC adalah milik Alfa-Bank Moscow. Ini merupakan bukti kukuh bahawa dokumen yang menjadi rujukan WSJ merupakan dokumen palsu. Persoalannya, bagaimana WSJ terlepas pandang bahawa dokumen tersebut palsu?

Selain daripada perkara di atas,  pihak polis perlu tanya WSJ tiga soalan penting yang perlukan jawapan.
  1. Mana bukti dokumen yang mengesahkan bahawa nombor akaun dalam dokumen tersebut merupakan milik Perdana Menteri?
Gambarajah yang diberi sekadar menerangkan pergerakan dana. Ianya tidak boleh diguna pakai memandangkan gambarajah tersebut dibuat oleh seseorang dan ianya bukan merupakan dokumen rasmi bank. Tambahan pula surat yang sepatutnya dikeluarkan oleh penama di bawah ruangan tandatangan tidak merujuk kepada Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun. Ianya jelas merujuk kepada individu yang berbeza. Oleh itu, perkara ini mendatangkan keraguan munasabah.

Dengan ertikata lain, dokumen tersebut diragui. Oleh itu, ianya tidak boleh digunakan untuk membuat kesimpulan bahawa bukti tersebut cukup kuat digunakan untuk mendakwa Perdana Menteri. Memang menjadi tandatanya bagaimana mereka menggunakan “dokumen bank” yang tidak tertera nama Perdana Menteri pun untuk membuat tuduhan tersebut.
  1. Kenapa alamat Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) yang tertera dalam pesanan SWIFT sangat berlainan daripada alamat sebenar?
Dalam pesanan SWIFT, alamat yang tertera adalah 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US. Namun melalui pencarian “online” alamat Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch), ianya adalah  11 Penn Plaza, 4th Floor, New York, New York 10001 (http://www.banklocationslist.com/wells-fargo-bank/new-york-ny/branch.24723.html)

Persoalannya, alamat apa di 375 Park Avenue? Melalui pencarian, didapati alamat tersebut merupakan  alamat Wells Fargo Advisor, yang merupakan “non-bank affiliates” kepada Wells Fargo & Company.(https://home.wellsfargoadvisors.com/001_PNZ2).  Alamat sebenar adalah  375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152.

Bagi memastikan kesahihan maklumat, alamat sebenar Wells Fargo Bank N.A. menggunakan alamat yang sama, rupa-rupanya terdapat satu lagi Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) yang menjadikan dokumen WSJ “macam” asli kepada mereka yang tidak cukup teliti dalam pencarian.

Walaubagaimanapun, alamat sebenar online bank tersebut amatlah berlainan daripada yang dilampirkan oleh WSJ.(http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html).

Alamat sebenar adalah 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152. Untuk makluman, poskod amat berbeza – 10152 vs. 4080. Cara alamat tersebut ditulis dalam dokumen WSJ juga berlainan, 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US. (poskod telah diletakkan di tengah-tengah alamat).

Ini merupakan salah satu cara untuk periksa keaslian pesanan SWIFT tersebut. Segala perbezaan tandatangan, salah nama bank, salah alamat dan lain-lain lagi akan cuba dikurangkan oleh si penipu bagi mengurangkan pengecaman penipuan. Bagaimana WSJ boleh menggunakan dokumen yang mempunyai banyak informasi yang boleh dikesan melalui halaman Wells Fargo?
  1. Kenapa Kod SWIFT yang digunakan dalam “shared document” berlainan?
Cara terbaik dan mudah untuk periksa samada dokumen SWIFT adalah asli atau tidak melalui Kod SWIFT bank dalam dokumen tersebut. Sekiranya ianya salah, maka semua perkara adalah penipuan. Ianya boleh dilakukan melalui halaman rasmi mereka.

Kod SWIFT Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) yang terletak di 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen “shared” SWIFT adalah PNBPUS3NANYC.

Walaubagaimanapun, kod SWIFT yang sebenar untuk Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) yang terletak di 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152 pula sebenarnya PNBPUS3NNYC. (http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html)

Kod SWIFT PNBPUS3NANYC adalah milik Alfa-Bank Moscow. Ini merupakan bukti kukuh bahawa dokumen yang menjadi rujukan WSJ merupakan dokumen palsu. Persoalannya, bagaimana WSJ terlepas pandang bahawa dokumen tersebut palsu?

Tiga soalan mudah ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa dokumen tersebut tidak boleh digunakan sebagai asas untuk menuduh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sesiapa sahaja yang menggunakan dokumen tersebut untuk membuat tuduhan dan dakwaan tanpa menanyakan tiga soalan ini dianggap sebagai tidak bersungguh-sungguh,tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Memang agak menghairankan penipuan dengan menggunakan pesanan SWIFT dan bertambah hairan lagi apabila WSJ turut tertipu.

Lebih malang apabila sebahagian rakyat Malaysia juga dengan mudah tertipu dengan bersandarkan kepada “nama baik” WSJ.  Oleh itu WSJ juga turut disarankan agar menggunakan tiga soalan tersebut sebagai asas untuk memastikan kesahihan dokumen.

Sekiranya jawapan yang mereka dapat sama seperti di atas maka WSJ perlu menarik semula dakwaan mereka dan memohon maaf kepada Perdana Menteri kita Datuk seri Najib.

Note : This author, who by the way is a legally-trained Malaysian currently heading a banking/finance institution [and therefore, unfortunately, must remain anonymous]. 

Post a Comment