Wednesday 24 June 2015

SASTERAWAN NEGARA KUTUK MELAYU SELEPAS MASUK DAP


Sasterawan negara Datuk A. Samad Said menyifatkan tindakan orang Melayu yang mengkritik dirinya selepas menyertai DAP sebagai berfikiran sempit.


Samad Said berkata, pilihannya untuk menyertai DAP adalah satu tindakan yang tepat, kerana parti tersebut mempunyai keistimewaan terhadap semua kaum walaupun parti itu dikenali sebagai sebuah parti Cina.

Tambahnya, dengan penyertaan beliau kedalam parti itu membuatkan dirinya lebih bersemangat berbanding penyertaan beliau sebelum ini dalam PKR mahupun Pas.

"Walaupun DAP bermula sebagai sebuah parti Cina, namun terdapat keistimewaan dalam perjuangan terhadap semua kaum.

"Menjadi ahli DAP membuatkan saya lebih bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat," kata sasterawan negara itu.

Menurut Samad Said, sikap orang Melayu yang berfikiran sempit menilai DAP sebagai sebuah parti Cina 'chauvanis' adalah salah, kerana DAP merupakan sebuah parti Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum.

"Sangat memalukan bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai enam dekad kemerdekaan tetapi masih berfikiran sebegitu.

"DAP bukan parti Cina semata-mata tetapi ia merupakan sebuah parti Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Samad Said mendapat perhatian penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dengan mengatakan Samad Said telah memilih jalan yang salah untuk berjuang.

Ridhuan Tee menasihati Samad Said agar memilih parti yang bakal membawa dirinya ke syurga seperti Umno dan Pas, bukannya memilih DAP yang jelas sebuah parti 'chauvanis'.

"Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti Umno atau Pas sebagai wadah. Nasihat saya, bila berpolitik atau bekerja pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga," kata Ridhuan Tee.

Utaranews.com

No comments: