Monday 22 June 2015

MAMPUKAH ANGGOTA POLIS MALAYSIA BERTINDAK SEPERTI INI..... ???


Gambar yang menunjukkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalih perhatian seorang kanak-kanak perempuan ini telah mendapat perhatian orang ramai.



Menurut sumber, bapa kepada anak kecil ini telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan ahli keluarga mereka pada Khamis di Brighton, Colorado.

Media tempatan melaporkan, ahli keluarga yang lain hanya mengalami kecederaan dan mereka dipercayai dari Illinois yang sedang bercuti di Colorado.


Saksi menyatakan tayar belakang di sebelah kiri kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan pemandu hilang kawalan.

Lima daripada enam ahli keluarga itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan selepas berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

Polis percaya tiada seorang daripada mereka yang memakai tali pinggang keselamatan atau berada di tempat duduk kereta kecuali seorang kanak-kanak yang tinggal dalam kereta malang tersebut.

Justeru, seorang anggota polis tempatan segera mendukung budak kecil itu dan menunjukkan suasana sekeliling sebagai usaha mengalih tumpuan mangsa yang terselamat daripada menangis dan trauma seumur hidupnya.

Gambar dirakamkan ini menjadi sensasi menerusi laman sosial dan ramai netizen menyatakan simpati terhadap anak kecil itu jika dia mengetahui insan tersayang sebenarnya sudah pun terkorban dalam nahas tersebut.

” Memakai tali pinggang keselamatan mampu selamatkan nyawa anda. Ramai sangka mereka tidak perlu pakai tali pinggang keselamatan kerana hanya mahu pergi ke kedai berdekatab,” kata Sam Cole dari Jabatan Pengangkutan Colorado.

Kajian mendapati 73% daripada mangsa yang terlibat kemalangan maut terselamat kerana memakai tali pinggang keselamatan.

Sumber :  MYNEWSHUB.CC

2 comments:

Unknown said...

Lebih dari mampu... banyak kali sudah berlaku tetapi awak sendiri yang tidak tahu. Jangan cuba buat perbandingan atau pertikaian.

Unknown said...

polis malaysia xmampu!!rasuah..mampu...alah..xpayah wat xtau la..polis mlaysia cmna..tmbh2 yg muda2..tahan minx no tpon..xbgi nk saman..dah bg dok kacau org..mmang bngsat