Saturday, 16 May 2015

TS PANDIKAR AMIN MULIA DAH LETAK JAWATAN ???


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini.

Post a Comment