Saturday 16 May 2015

ISU 1MDB VS SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT GUNA DUIT RAKYAT


Isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimanipulasi oleh Pakatan Pembangkang, mendapat respons syarikat tersebut. Mereka mendedahkan bahawa kewangannya sudah melalui audit oleh firma internasional. 

1MDB juga memberi amaran akan menyaman pihak yang membuat kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat itu.


"Lembaga ingin menekankan akaun 1MDB diaudit oleh firma antarabangsa Deloitte," menurut kenyataannya.
1MDB berkata Deloitte mengesahkan akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tanpa syarat, dan begitu juga firma audit KPMG yang mengesahkan akaun 2010, 2011 dan 2012.

"Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah dan berhak mengambil tindakan undang-undang," tambahnya.

Menurut 1MDB, pihak lembaga dan pengurusan bekerjasama dengan ketua audit negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mengkaji aktiviti dan akaun syarikat.

"Secara khususnya, ketua audit negara sedang menjalankan pemeriksaan bebas ke atas akaun 1MDB seperti dipersetujui Kabinet Malaysia," katanya, dan menambah ia berharap semua pihak berkepentingan akan bersabar sehingga keputusan audit diumumkan.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit menjalankan audit dan mengemukakan laporan bagi tindakan PAC.

PAC berkata ia akan memulakan penyiasatannya sendiri pada Selasa depan dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, bagi memberikan keterangan - seterusnya
Untuk rekod, Deloitte Touche Tohmatsu (juga terkenal dengan nama Deloitte) adalah firma profesional kedua terbesar di dunia selepas Pricewaterhouse Coopers dan merupakan anggota Big Four auditors, kelompok akauntan internasional terbesar di dunia.

KPMG juga merupakan salah satu anggota the Big Four auditors, bersama dengan PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Deloitte.


Kedua-dua firma internasional ini sangat terkenal di dunia ini kerana profesionlisme mereka di dalam bidang mereka dan diiktiraf oleh dunia. Tidak mungkin firma-firma ini akan merekacipta audit yang tidak benar atau dimanipulasikan kerana imej firma-firma ini yang berpegang kepada integriti.

Transperansi ini tidak seperti Lim Guan Eng DAP apabila rakan beliau sendiri mempertikaikan projek super mega bilion ringgit wang rakyat terowong dasar laut di Pulau Pinang.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata, beliau terpaksa melakukan tindakan itu selepas usaha mendapatkan penjelasan dalam dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tidak mendapat jawapan sewajarnya. seterusnya
Sebelum ini, Free Malaysia Today telah melaporkan artikel Edwin Michael, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman yang melondeh integriti Lim Guan Eng DAP dan masih tidak terjawab sehingga ke hari ini. Di antara yang dilaporkan oleh portal itu:
Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. 
Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri. seterusnya
Kenyataan di atas sahaja sudah pasti menempelak integriti Lim Guan Eng DAP. Selain daripada itu, portal itu ljuga melaporkan: 

Skandal Terbesar Tahun 2014?

Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun. Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut. 
Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia.Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis

Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. 
Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta. 


RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). 
Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar? 
Misteri Disebalik Tender Terbuka? 
Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja. seterusnya
MiM mudah. Lim Guan Eng dituntut untuk menjawab segala yang dipersoalkan di dalam portal tersebut. 

Sehingga ke hari ini, rakyat masih tertanya-tanya dan terus mempersoalkan integriti Lim Guan Eng yang katanya berpegang kepada C.A.T dan transperensi. Tetapi dalam isu yang melibatkan projek mega bilion ringgit wang rakyat ini, banyak persoalan dan keraguan yang masih tidak dijawab.

Ironinya, segala keraguan yang timbul ini sepatutnya menyaksikan drama kepimpinan DAP yang bengang dan sibuk ber'taichi' tentang isu terowong bilion ringgit wang rakyat ini. Begitu juga dengan persoalan tentang kesahihan CEC DAP.

Tetapi tidak. 

Sebaliknya, DAP lebih banyak berdrama menuding jari dan mempertikaikan apa sahaja yang boleh dipersoalkan dengan harapan rakyat dapat dipesongkan daripada mempersoalkan ketidakmampuan serta kelemahan kepimpinan DAP.

Setakat ini, DAP berjaya dengan modus operandi diversion ini. Padahal, isu mega projek bilion ringgit wang rakyat ini besar kesannya dan patut menjadi bahan perbualan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. Begitu juga dengan isu ROS dan kesahihan CEC DAP.  

Persoalannya, dimanakah suara-suara yang begitu lantang tidak sabar dengan proses pengauditan 1MDB dan tidak mahu tahu tentang 2 firma profesional internasional yang mengaudit 1MDB? 

Mana suara mereka di dalam isu projek super mega kerajaan DAP yang bernilai bilion ringgit wang rakyat yang meragukan ini?


Kredit to MiM

No comments: