Saturday 2 May 2015

PELAJAR GENIUS MATEMATIK DARI MALAYSIA DIPENJARA 5 TAHUN MILIKI PULUHAN RIBU GAMBAR DAN VIDEO PORNO KANAK-KANAK


SEORANG pelajar genius Matematik dari Malaysia yang sedang menuntut pengajian di Kolej Imperial London dihukum penjara lima tahun kerana memiliki lebih 30,000 gambar dan 1,156 video pornografi kanak-kanak.

Tertuduh yang dikenali sebagai Nur Nordin, 23 dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di United Kingdom selepas mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.
Difahamkan, sebahagian daripada imej pornografi yang dimiliki Nordin paling melampau dan keji pernah dilihat oleh Pegawai Polis Metropolitan.
Menurut laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pihak berkuasa mendapati akaun internet milik Nordin memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Ketika operasi penyerbuan bilik pelajar yang berhampiran Hyde Park, London pihak polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.
Pihak berkuasa di negara itu menyifatkan kes ini sesuatu yang melampau dan keterlaluan kerana tertuduh bukan sahaja memiliki malah memuat naik imej porno itu buat tontonan umum.
Berikutan itu, tertuduh yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak ini dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk hantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman. – MYNEWSHUB.CC

Admin difahamkan.... pelajar genius ini adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI).  Kebijaksanaan dan kepintarannya di dalam akademik memang sukar disaingi  oleh  rakan sebayanya ketika itu.  5 tahun hukuman yang diterimanya.... sekaligus memusnahkan harapan guru2, rakan2 sebaya dan juniornya yang mengagumi semua kepintaran yang dimilikinya sepanjang 5 tahun pembelajarannya di Sekolah  Berasrama Penuh (SBP) yang merupakan antara SBP yang terbaik di dalam negeri Perak itu.

No comments: