Wednesday, 6 May 2015

DATO HASSAN ARIFIN AHLI PARLIMEN P091 ROMPIN


ROMPIN – BN menang dengan selesa dalam PRK Rompin. Datuk Hasan berjaya mengekalkan kerusi tersebut. Beliau telah menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, sebentar tadi.
1. Hasan Ariffin : 23,796
2. Nazri Ahmad : 14,901
Majoriti : 8895
Hasan, 62, yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, memperoleh 23,796 undi, berbanding Nazri yang meraih 14,901 undi.

Antara pemimpin BN yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Parlimen Rompin tetap menjadi milik Barisan Nasional. Datuk Hasan Arifin masih dapat meneruskan legasi Tan Sri Jamaluddin Jarjis apabila beliau memenangi PRK Parlimen Rompin setelah Tan Sri terkorban dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Walaupun majoriti kemenangan berkurangan berikutan dengan isu GST dan “soalan” dari Tun Dr Mahathir, namun kemenangan PRK Parlimen Rompin membuktikan bahawa rakyat tetap yakin dengan pemerintahan Barisan Nasional di negara kita.

Selain daripada itu juga, faktor bahawa kerajaan telah pun terbentuk mungkin menyebabkan kurangnya jumlah rakyat Rompin keluar mengundi. – PRU14.tv

Post a Comment