Friday, 29 May 2015

AWAS !!! DURIAN SIAM BERACUN !!!


SEJAK 3 hari lalu,  viral dalam media sosial dikatakan Durian Siam yang datang dari negara jiran Thailand telah dicelup dengan sejenis cecair yang dipercayai bahan pengawet bagi tujuan tahan lama tak busuk, sebelum ianya dieksport ke negara-negara luar termasuk Malaysia.  


Cecai bahan pengawet itu yang dipercayai mengandungi bahan toksik  akan meresap ke dalam buah tersebut melalui tangkainya dan sudah tentulah ianya merbahaya kalau di makan.


Pada mulanya admin tidak menghiraukan sangat 'iklan' tersebut tetapi membacanya sekadar untuk pengetahuan.  Namun begitu, admin mula terfikir mengenainya apabila anak kawan admin tiba-tiba demam, suhu badan menjadi terlalu tinggi, muntah-muntah, sakit kepala dan sakit perut.... hanya selepas tidak sampai 6 jam memakan lebih kurang 4 ulas Durian Siam!!!


Diharap anda semua berhati-hati dengan buah-buahan import yang nampak cantik dan sedap tanpa mengetahui adakah ianya bersih dari sebarang bahan terlarang.  Jagalah pemakanan untuk kesihatan yang berpanjangan.

Post a Comment