Sunday, 5 April 2015

WOW ! TOPI KELEDAR JET PEJUANG F-35 LIGHTNING II BERNILAI RM1.46 JUTA !


Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilion) akan dilengkapi topi keledar terkini berharga AS$400,000 (RM1.46 juta).



Topi keledar baharu itu akan membolehkan juruterbang melihat 360 darjah sekeliling pesawatnya melalui enam kamera inframerah yang dipasang sekitar badan jet pejuang tersebut.

Maklumat lain yang diperlukan untuk sesebuah misi seperti kelajuan, altitud dan sistem-sistem amaran juga akan dipaparkan terus kepada juruterbang melalui topi keledar tersebut.



“Apabila topi keledar itu dilaraskan kepada mata juruterbang, kita seolah-olah masuk ke dalam dunia lain dengan pelbagai maklumat disalurkan secara terus. Anda boleh melihat dunia melalui ‘mata-mata’ pada jet tersebut,” kata juruterbang ujian syarikat Lockhead Martin, Al Norman kepada akhbar Washington Post baru-baru ini.

Syarikat tersebut merupakan kontraktor utama untuk pengeluaran jet pejuang F-35. Pembangunan topi keledar canggih itu menghadapi banyak masalah sebelum ini sementara kos penyelidikannya dilaporkan telah menelan berjuta-juta dolar, lebih daripada peruntukan asal.



Jet pejuang F-35 Lightning II merupakan sistem senjata paling kompleks pernah dihasilkan Lockhead Martin dan akan terus dibangunkan dalam tempoh 50 tahun akan datang dengan anggaran kos AS$1.5 trilion (RM5.49 trilion). - Kosmo

Post a Comment