Monday, 20 April 2015

MAYAT LELAKI BERBUNGKUS DI TEPI JALAN


SHAH ALAM : Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui orang ramai di Jalan Jingga U9/39, Seksyen U9, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mayat berkenaan ditemui di bahu jalan berhampiran tasik dekat Cahaya Taman Cahaya SPK, di sini dalam keadaan berbungkus seperti jenazah dikapankan.

Menurut sumber polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai pada 7.18 pagi, berkenaan penemuan mayat itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami mendapati mayat lelaki itu dibalut dengan cadar. Mangsa lengkap berpakaian dan dipercayai dibuang di kawasan itu,"katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.  -  hmetro

Post a Comment