Monday, 27 April 2015

KENAPA ANAK MUDA TU TERAJANG PAK CIK TUA YANG SEDANG DUDUK ???


PETALING JAYA :   Perbuatan seorang pemuda menerajang lelaki tua di sebuah kedai makan menimbulkan persoalan terhadap nilai moral dan akhlak dan generasi muda.

Dalam rakaman video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Anna Rubysha, ia menunjukkan pemuda yang duduk bersebelahan mangsa bertindak menendang dua kali ke arah lelaki berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dia mengangkat kerusi dan cuba membalasah sebelum ia berjaya di halang oleh salah seorang perempuan yang berada berdekatan.

Berdasarkan komen dalam Facebook berkenaan, tiada lokasi dan tarikh kejadian diberikan.




Beberapa jam selepas visual berkenaan tersebar, salah seorang pembaca yang mengenalkan dirinya sebagai Norhashimah Saad memaklumkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Pian telah meminta maaf kepada lelaki berkenaan.

Ia dikatakan berpunca selepas dia menampar anaknya.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku menimbulkan tanda-tanya kewajaran lelaki tua itu diperlakukan walaupun ia telah menampar anak Pian.

Post a Comment