Monday 30 March 2015

MALAYSIAKINI FITNAH SABRINA NGUMBANG PELUK ISLAM ???


Admins tertarik dengan paparan dari mukapetang mengenai seorang pelajar perempuan bawah umur di Sarawak telah difitnah oleh Malaysiakini kononya telah memeluk Islam tanpa kebenaran dari ibubapa pelajar tersebut.....  Ekoran dari laman FB Miri Community yang memaparkan surat aduan mengenai pelajar yang memeluk Islam di SMK Lutong menjadi viral apabila dimuatnaik.   


Isu ini menjadi panas apabila pelajar yang dibawah jagaan neneknya ini dikatakan telah memeluk agama Islam melalui guru beliau seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang Malaysiakini.  Akibat daripada isu tersebut bapa kandung pelajar tersebut telah membuat aduan kepada Pengetua SMK Lutong.  

Ini mengakibatkan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah turun padang untuk mengetahui hal yang sebenar.  



Info dari theborneopost kemudian melaporkan bahawa tidak berlaku sebarang proses mengislamkan pelajar tingkatan satu SMK Lutong, Sabrina Ngumbang dan dia masih penganut agama Kristian.  Demikian menurut Datuk Fatimah Abdullah.

Mengulas mengenai isu membabitkan pemberian baju kurung dan telekung kepada pelajar ini sehingga menjadi viral di mesia sosial, Fatimah menjelaskan, Sabrina masih di bawah umur untuk membuat keputusan.

'Dia masih bawah umur untuk sebarang keputusan walaupun menyatakan minat untuk memeluk Islam kepada gurunya', katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Sabrina, keluarganya,pihak gereja, guru dan Pengetua SMK Lutong, Marcus Hugo, petang semalam (kelmarin).

Jelas Fatimah, Sabrina belum memeluk Islam kerana tidak berlaku sebarang proses pengislaman malah proses itu belum sampai ke Jabatan Agama Islam.

'Isu ini tamat di rumah dan ada bantahan daripada pihak gereja.  Prosestidak diterus dan Sabrina masih penganut agama Kristian yang sah,' jelas beliau.

Isu pengislaman Sabrina timbul apabila pada 12 Mac lalu, Sabrina ditemani oleh salah seorang kawan menemui cikgu Nik Seri Ayu Nik Ibrahim dan menyatakan minat memeluk agama Islam.

Cikgu Nik meminta pandangan cikgu Suti Kamila Md Zain berhubung perkara itu dan terus menemui pelajar tersebut untuk bertanya mengenai niat Sabrina.

Fatimah berkata, kesalahan kedu-dua cikgu berkenaan ialah tidak merujuk kepada ibubapa Sabrina sebagai penjaga sah.

'Walaupun dia sendiri menyatakan minat memeluk Islam, tetapi masih bawah 18 tahun, ibubapa sebagai penjaga sah berhak untuk dirujuk,' tegas Fatimah.

Rentetan daripada peristiwa itu, ibubapa Sabrina melaporkan kes tersebut kepada polis pada petang kelmarin.

Setelah semua pihak terlibat bersemuka dan berbincang, Fatimah berkata, kes itu harus dijadikan iktibar kepada guru terutamanya mengenai hak pelajar bawah umur.

Beliau menambah, setakat ini tidak wujud senarai pelajar yang disasar untuk diislamkan seperti yang diuar-uarkan di laman sosial berhubung kes Sabrina.

Fatimah meminta pengguna internet supaya jangan mudah menuding jari atau membuat tuduhan melulu terhadap mana-mana pihak tanpa mengetahui hujung pangkal isu dikongsi di laman sosial.

Beliau mahu pengguna internet bersikap bertanggungjawab terhadap isu yang ingin dikongsi di laman sosial khasnya isu sensitif melibatkan agama, bangsa dan budaya kerana khuatir menimbulkan permusuhan antara kaum.

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.