Saturday 21 March 2015

ESCOM SEMBUR GAS BUNUH PATI ???

ESSZONE

LAHAD DATU 21 Mac - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menafikan dakwaan di media sosial kononnya anggotanya telah menyembur gas di bahagian bawah pasar Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian tiga remaja lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) awal semalam.


Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCOM, Newmond Tibin berkata, sebaliknya ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai lemas ketika cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu biasa dilaksanakan di kawasan pasar itu.

Katanya, operasi biasa yang diterajui ESSCOM itu dimulakan pada jam 8 pagi dengan tumpuan kawasan pasar awam dan pasar ikan Lahad Datu yang bertujuan membanteras peniaga haram dan PATI.

"Ekoran daripada itu ramai yang melarikan diri atau "lari bertempiaran" dan tiga lelaki itu dipercayai bersembunyi di bawah pasar tersebut. Pada kira-kira 10.30 pagi, anggota operasi yang berada di lokasi menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberi bantuan kepada mereka.

"Tiga mangsa yang lemas itu kemudiannya dihantar ke hospital Lahad Datu, dan pada kira-kira pukul 12 tengahari, pihak ESSCOM telah dimaklumkan tiga lelaki tersebut meninggal dunia akibat lemas kerana cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu dijalankan di kawasan pasar ikan," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Newmond berkata, mangsa itu dikenali sebagai Nordin Bin Akang, 16, Lahudin Bin Nasir, 17, dan abangnya Alex Bin Nasir, 18, dan kesemua mereka tinggal di Kampung Bakau, Lahad Datu.

Beliau berkata, operasi bersepadu harian memburu PATI itu dilancarkan sejak awal Januari lepas dalam usaha membersihkan bandar Lahad Datu daripada PATI. - rakyatnews

No comments: