Tuesday, 31 March 2015

ARTIS 'RUNNING MAN' PROMOSIKAN TASIK BAKUN SARAWAK

runningman4

KUALA LUMPUR – Rancangan ‘game show‘ popular terbitan syarikat SBS Korea, ‘Running Man‘ yang dibintangi oleh 7 orang artis terkenal Korea akan membuat penggambaran di Malaysia pada bulan hadapan.

Penggambaran yang dijadualkan pada awal bulan April ini akan dijalankan di Tasik Bakun, Sarawak.
runningman
Pemilihan lokasi penggambaran ini dibuat adalah bagi mempromosikan Tasik Bakun yang mempunyai landskap yang menarik dengan pelbagai kepentingan biodiversiti.
Running Man‘ dibintangi oleh 7 artis Korea iaitu; Yoo Jae-Suk, 43 (MC), Ji Suk-Jin, 49 (MC), Song Ji-Hyo, 34 (pelakon), Lee Kwang-Soo, 30 (pelakon), Kim Jong-Kook, 39 (penyanyi ballad yang terkenal dengan lagu ‘One Man‘), Ha Dong-Hoon, 35 (Ha Ha – penyanyi raggae yang terkenal dengan lagu ‘Rossa‘) dan rappers dari kumpulan LeSsang, Kang Hae-Gun, 38 (Gary).
Runnng Man‘ sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara ‘Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia‘ yang diadakan di Stadium Negara pada November tahun lalu.
Dalam kunjungan tahun lalu hanya 5 daripada mereka yang hadir di Malaysia iaitu Song Ji-Hyo, Lee Kwang-Soo, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook dan Ha Ha; manakala Yoo Jae-Suk dan Gary terikat dengan komitmen di Korean.
Bulan hadapan, kesemua 7 bintang ‘Running Man‘ akan berada di Malaysia bagi penggambaran bersama artis jemputan mereka.
Selain menjalani penggambaran untuk ‘Running Man‘, kesemua 7 bintang ‘Running Man‘ ini juga merupakan antara tetamu khas yang akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April 2015.
Selain bintang Korea ‘Running Man‘, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata Asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan. SUMBER

Post a Comment