Saturday 21 February 2015

KASUT KULIT BABI


PULAU PINANG - Seorang penguna laman Facebook minggu lalu telah memuat naik status yang mendedahkan perihal sebuah kedai di Queensbay Mall yang terang-terangan menjual kasut kulit babi kepada pelanggan beragama Islam.


Menurut status yang ditulis Norhafiz Delias, kedai berkenaan dikatakan sengaja menyembunyikan label ‘pig skin’ pada kasut yang dijualnya dengan niat mengumpan lebih ramai pelanggan membeli kasutnya.

“Kedai itu tidak sensitif pada umat Islam. Letak kasut kulit babi di ruang paling hadapan kedai dengan sign 50% less, tetapi label ‘Pig Skin’ diletak tersembunyi di belakang kasut,” jelasnya.

Norhafiz dalam status tersebut merasakan bahawa niat kedai tersebut tidak baik ekoran pelanggan beragama Islam berkemungkinan menyentuh tanpa mengetahui.


“Family aku dah tersentuh, balik rumah terus kena samak. Nah amik kau, aku snap picture kedai terus,” ujarnya yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab kedai terbabit.

Norhafiz menasihati rakan-rakan di laman Facebooknya agar berhati-hati apabila masuk ke kedai yang dimaksudkan mahupun ketika membeli-belah di kedai-kedai yang lain.

No comments: