Wednesday 11 February 2015

APABILA DIRI DIKUASAI SYAITAN... ANWAR LUAHKAN KEMARAHAN DI HUJUNG PENGHAKIMAN....


Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman."


Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan.

"Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti.

Bagaimanapun, Gopal memberitahu Arifin, anak guamnya berhak bercakap di mahkamah, dijawab Arifin, "ya, (beliau berhak) bercakap mengenai rayuan, bukan mengutuk mahkamah."

Tetapi, Anwar terus mengecam kehakiman sambil menambah: "Anda mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan tetapi anda pilih untuk terus berada di pihak yang gelap."

Ketika ini, Arifin dan semua yang duduk di panel hakim keluar meninggalkan kamar mahkamah.
Anwar terus bercakap dan berteriak di mikrofon: "Saya akan, lagi, untuk kali ketiga, masuk penjara, tetapi dengan bangga."

"Saya tidak akan berdiam dan akan berjuang mendapatkan pembebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah kalah," katanya.

Peguam terdahulu mengatakan, berdasarkan faktor usia, Anwar mungkin dipenjarakan untuk sehari sahaja ataupun diikat mahkamah di bawah hukuman bagi Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merayu hukuman penjara lebih lama, sehingga 20 tahun.

Mitigasi dan penjatuhan hukuman terhadap Anwar, yang genap 68 tahun Ogos ini, bermula dengan Gopal memberitahu panel Mahkamah Persekutuan, tidak ada alasan yang kukuh meningkatkan hukuman ke atas Anwar.

Beliau juga berkata, mahkamah mempunyai kuasa mengikut undang-undang, menggunakan budibicaranya menjatuhkan hukuman yang yang lebih ringan.

"Beliau (Anwar) bukan orang biasa. Sumbangannya kepada negara ketika beliau berada dalam kerajaan sangat banyak dan meluas."

"Malah di dalam pembangkang pun, beliau membuat sumbangan yang signifikan terhadap memajukan prinsip demokrasi dan menimbulkan kesedaran majoriti rakyat Malaysia," kata Gopal meminta hukuman lebih ringan.

Sementara itu, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru.

Harap dalam penjara nanti, perbanyakkanlah berzikir, beristighfar dan bertaubat... dah tua dah... lupakanlah hajat yg tidak kesampaian itu... belajar lah mengalah kalau rasa tidak kalah....

No comments: