Thursday 18 December 2014

SIAPA SYED ROSLI JAMALULLAIL NAK MINTA PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN ???



Macam-macam cara orang mengambil kesempatan untuk menjadi popular. Cari publisiti murahan. Salah seorang daripadanya adalah Syed Rosli Jamalulail. Tuan Syed ni di dalam laman sosial Facebook beliau semalam telah meminta Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan.


Posting awal beliau begitu gah dengan bermaksud, "Kami meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Apabila diminta siapakah kami yang dimaksudkan, hari ini beliau menukar fikiran dengan mengatakan, Ralat! Sebenarnya beliau bermaksud "Saya meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Memang Pak Lawak betul.


The Malaysian Insiders seperti biasa membesar-besarkan isu dari ahli yang tidak berapa penting ini. Siapakah Syed Rosli Jamalulail ini? Tak perlu mengenalinya. Cukuplah sekadar CTS memberitahu beliau adalah antara seorang yang mencabar Jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Nak tahu kekuatan beliau? Hampeh ... satu bahagian pun tidak ada yang menyokong beliau. Lagi ada hati nak minta orang letakkan jawatan.

Lagi satu, baru kita tahu Tuan Syed ni ada jawatan sebagai ketua penerangan Cawangan. Semasa PRU13, Parlimen dan DUN kawasan kamu ni, BN ada menang tak? Siapa Ahli Parlimen Pandan? Bukankah Lapiji Lamli? Dengan Lapiji Lamli pun UMNO tak boleh menang kah? Atau kamu dan AJK-AJK kamu tak pandai buat kerja. Lagi mahu desak Presiden letak jawatan! CTS

No comments: