Saturday, 20 December 2014

MENANG DI TEMPAT SENDIRI... HARIMAU MALAYA TERLEPAS PELUANG JULANG AFF SUZUKI CUP 2014


KUALA LUMPUR 20 Dis. - Hajat skuad Harimau Malaya untuk meraih kejuaraan Piala AFF 2014 tidak kesampaian apabila tewas dengan agregat 4-3 kepada Thailand biarpun menamatkan aksi perlawanan akhir kedua dengan keputusan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tiga gol Malaysia pada perlawanan tersebut diperoleh menerusi jaringan penalti daripada Safiq Rahim pada minit ketujuh, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-45 hasil tandukan pada separuh masa pertama.

Sementara satu lagi gol Harimau Malaya disumbangkan oleh Safiq yang memanfaatkan dengan baik sepakan percuma minit ke-58.

Dua jaringan Thailand daripada Charly Chappuis pada minit ke-82 dan Chanathip Songkrasin minit ke-87, sekali gus melenyapkan impian Malaysia di laman sendiri. - UTUSAN ONLINE

No comments: