mStar :
TAIPING - Dua ekor harimau terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping di sini, pada Khamis.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi ketika pagar ke zon berkenaan masih ditutup.
Menurut sumber, dua harimau keluar kandang berkenaan tetapi satu daripadanya dapat ditangkap semula.
"Tembakan menggunakan peluru penenang berjaya menangkap harimau itu, bagaimanapun seekor lagi masih bebas," katanya.
MANA SATU BETUL NI.... 2 EKOR ATAU SEEKOR. mStar MELAPORKAN 2 EKOR.. Utusan Malaysia MELAPORKAN SEEKOR...
Utusan Malaysia :
IPOH 25 Dis. - Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari ini.
Pengarah zoo, Dr. Kevin Lazarus berkata, Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.
“Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya.
Dr. Lazarus berkata, haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang.
Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya. - Bernama
Kalau 2 ekor.. sekor dah ditangkap semula.... bermakna sekor lagi masih bebas ke???
No comments:
Post a Comment