Monday 22 December 2014

4 LELAKI BERMOTOSIKAL SAMUN KEDAI EMAS DI IPOH


IPOH 22 Dis - Sebuah kedai emas di persimpangan Jalan Ali Pitchay-Jalan Yang Kalsom, di sini disamun sekumpulan empat lelaki kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kejadian dilakukan empat lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

"Suspek dipercayai menaiki dua motosikal, namun hanya dua daripada mereka menyerbu masuk ke dalam kedai emas terbabit.

"Kedua-dua suspek itu kemudian bertindak memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi, namun hanya sempat melarikan dua utas rantai emas kerana ketakutan selepas penggera keselamatan premis terbabit berbunyi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pelanggan dalam kedai emas itu dan hanya terdapat seorang pemilik premis serta tiga pekerja saja, namun kesemuanya tidak dicederakan.

No comments: